Pada titik akhir, yang dipanggil noktah, merupakan saat di mana satu ayat berakhir. Sepertimana saat ini di mana, semeseter dua tahun satuku bakal berakhir. Beberapa detik lagi, habis ku jawab helaian kertas peperiksaan, tamatlah sem dua. Aku fikir aku tidak dapat hidup selepas noktah terakhir untuk semester ini.
Pelbagai tugas dan kerja yang membebani. Dinner kolej, majalah kolej, assignment. Onaknya lebih berduri daripada semester satu. Tetapi apabila noktah akhir mendekati, satu persatu tugas sudah selesai, makin tidak mahu aku menamatkannya. Rindu, sedih, kemanisan daripada penat lelah tersebut yang mengajar aku untuk memberi keyakinan diri, memupuk semangat ketua, semangat setiakawan, memberi peluang untuk aku menambah kawan.
Aku berbangga, dan aku rasa senang hati untuk meletakkan noktah untuk menamatkan cerita untuk semester dua ini. Harapnya perenggan yang baru yang akan dilalui mampu memberikan sinar bagiku untuk menempuh dugaan yang lebih besar. Amin