Monday, 25 April 2016

Introvert, Extrovert, and Ambivert

Introvert; Lebih suka berada dalam kumpulan kecil daripada lepak dengan ramai orang.Mereka lebih berfikir sebelum berbicara, lebih suka mendekati kepada risiko (dengan sengaja), dan lebih suka bersendirian. Mereka lebih bertenaga apabila buat fokus kepada sesuatu yang sangat menarik minat mereka. Apabila mereka berada di dalam keadaan yang sangat bising, terlalu sesak dan kuat, mereka selalu rasa tidak senang dan merasa terbeban. Mereka suka kepada tempat yang memberi ketenangan untuk memulihkan tenaga dalaman, dan itu adalah masa yang mereka rasa mereka yang paling kuat. Mereka paling hebat dalam memanfaatkan kekayaan.

Extrovert; Berlawanan dengan introvert, extrovert lebih selesa berkomunikasi dengan kawan mahupun orang asing. Mereka sangat tegas, senang to get along, dan mampu memberi yang terbaik. Mereka lebih baik dalam berfikir atas kepercayaan sendiri; mereka sangat selesa dengan konflik. Jika diberi pilihan, extrovert lebih terangsang dengan persekitaran yang memberi peluang untuk mereka bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Apabila mereka di dalam keadaan yang senyap dan sunyi, mereka cepat merasa bosan dan resah. Mereka lebih suka melibatkan diri dengan persekitaran dan mereka paling hebat dalam memanfaatkan tenaga.

Sumber : http://www.quietrev.com/the-introvert-test/
(Boleh uji anda introvert, extrovert atau ambivert hihu)

Ambivert; Gabungan introvert  dan extrovert:

  • Extrovert; sangat mudah bergaul, tidak boleh berada dalam kesunyian
  • Introvert; tidak suka bergaul, sangat suka berada dalam kesunyian
  • Ambivert; bergantung kepada keadaan
Kelebihan ambivert:
  • Fleksible : Senang menyesuaikan diri dengan persekitaran
  • Stabil : Menurut ahli psikologi Hans Eysenck (1974), ambivert menguasai beberapa sifat hipersensitiviti introvert, dan menguasai beberapa sifat "keras" extrovert.
  • Intuitif : Danial Pink menjelaskan ambivert tahu bila untuk memeriksa, bila untuk bertindak balas, bila untuk bercakap, bila untuk diam, dan bila untuk menahan, bila untuk menolak.
Sumber : http://www.scienceofpeople.com/2014/12/ambivert-extrovert-introvert/

Kualiti ke Kuantiti?

KAWAN

Bila ramai; senang nak ajak keluar. Kalau sorang busy, ada lain yang boleh teman. Kalau nak minta tolong, boleh minta tolong ramai orang. Bila dapat kawan ramai, yang duduk luar daripada tempat kita, kita dapat bertukar adat. Jemu lah kalau orang selangor, asyik kawan dengan orang selangor je. Bila kau ramai kawan daripada lagi 13 negeri, kan best. Boleh ikut dia balik negeri dia, melawat tempat yang takde dekat tempat kau. Tambah ilmu, luas pandangan.
Yang tak best nya, bila dah ramai sangat kawan, ramai pulak hati nak kena jaga. Contoh; kau keluar dengan kelompok ni bercuti ke sana ke mari, kelompok yang lain cakap "asyik dengan dorang je. Dah tak ingat kitorang lah tu" pulak... Bila kau dah janji dengan orang lain dan terpaksa tolak permintaan kawan pun dorang dah tarik muka. Kalau biasa-biasa tu okay la, kalau jenis yang exaggerate punya memang saling block whatsapp lah twitter, facebook, instagram..apa lagi?
Tapi bila dah macam tu, kau dapat satu pengajaran, iaitu; kau boleh ajar diri kau untuk absorb dengan semua perangai kawan-kawan kau yang variety tu. Ada yang hati tisu, kau kena bagi "penjagaan" yang rapi, kena concern lebih. Ada yang hati keras tu, kau kena lebih keras untuk kawal dia. Macam-macam lah perangai. Tapi apa guna hidup kalau tak berkawan?

Bila kurang/tiada kawan; susah nak minta tolong. Tak biasa nak bergaul, and jadi social-awkward. Kau rasa semua kerja dalam hidup ni kau boleh buat sorang ke?? Kalau macam ada group assignment, kau nak jadi sleeping partner ke? Atau kau nak jadi selfish, nak buat sendiri taknak datang discussion. Puncanya sebab kau tak biasa bergaul. Bila ada masalah, tak tahu nak contact siapa? Pemalu isn't an excuse. Memang malu sebahagian daripada iman, tapi kena ingat; "malu bertanya, sesat jalan"
Yang bagusnya bila kurang, or takde kawan ni, tak payah susah-susah nak jaga hati siapa? Tak payah fikir pasal masalah orang. Fikir masalah sendiri je. Banyak masa untuk diri sendiri. Boleh tengok movie, spent time for yourself, siapkan kerja, jimat duit (eh). Lagi satu kau boleh berdikari. Belajar sesuatu dengan diri sendiri. Tak lah asyik menyusahkan orang sebab minta tolong daripada dia (kot) sebab sometimes ada orang tak suka bila orang lain minta tolong dengan dia. And bila tak ramai kawan ni, hang boleh share macam-macam dengan dia, dengan syarat kena cari yang loyal and trusted (wah macam brand pulak). Makin besar, makin busy. Bila nak kumpul ramai-ramai ni susahkan. Tapi kalau sikit je orang senang nak berkumpul. And kau dapat kenal dorang lebih dalam; macam mungkin dia ada abang untuk dijadikan bakal zauj kau ke? (opssssss)

Kuantiti atau Kualiti; kau pilih yang mana? Yang banyak-dan-menyusahkan-tapi-tak-forever-alone atau yang sikit-forever-alone-tapi-menyenangkan? Berhati-hati in choosing friends. Sebab bukan semua kawan kau adalah kawan. Kadang-kadang kawan kau tu senang-senang boleh tikam kau dari depan. Tapi ada juga yang selalu doakan kau dalam diam. Kita tak tahu. Manusia ni unpredictable. Susah nak faham. So bila berkawan, jangan benci sangat, jangan rapat sangat. Sebab mungkin yang kau benci, adalah yang terbaik dan selalu ada untuk kau pada masa hadapan, and yang rapat might be the one who betrayed u :)


Saturday, 23 April 2016

UJIAN

U - Ujian yang kau dapat sebenarnya untuk Allah berikan pahala secara percuma. Apabila kau didatangi dengan kesakitan, Allah mengurangkan dosa kau. Apabila kau kehilangan orang yang kau sayang, Allah nak bagi pahala melalui kesabaran kau.

J - Jadi janganlah kau mengeluh sekiranya didatangkan dengan ujian, berat macam mana sekalipun, itu tanda Allah sayang kau. Janji Allah itu pasti, Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Apabila Dia berkata "kun fayakun", maka jadilah. Dan ujian itu bukan untuk main-main, tapi peluang untuk kau meningkatkan keimanan di jiwa.

I - Ingatlah. Allah memberi ujian kepada hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya mampu untuk menanggung. Bukan untuk membebankan tetapi sebenarnya meringankan kau pada masa hadapan. Sekiranya pada masa hadapan, kau hadapi seorang kawan yang sangat tidak setia, di mana kau telah melaluinya pada masa lepas, maka kau akan lebih tenang dalam menangani masalah tersebut. Allah memberikan pengajaran untuk masa depan kau.

A - Alhamdulillah, bersyukur sekiranya kau masih diberi ujian. Lebih besar ujian, lebih banyak kasih sayang Allah limpahkan. Dia bukan meninggalkanmu, malahan dia lebih mendekatikum. Kerana ketika didatangi ujian, ramai yang berpusu mencari-Nya. Allah memberi ujian kerana Dia rindu doa dan rintihan hamba-Nya.

N - Nanti, selepas kau melepasi ujian yang diberikan, kau akan lebih kuat. Dengan adanya redha Allah.  Nanti selepas didatangi ujian, dan kau dapat mengatasinya, jangan kau lupa pada-Nya. Lebihkan masa bersama-Nya. Doamu didengari-Nya, rintihamu diiringi oleh malaikat untuk berjumpa dengan-Nya. Bersyukurlah..Allah masih sayang