U - Ujian yang kau dapat sebenarnya untuk Allah berikan pahala secara percuma. Apabila kau didatangi dengan kesakitan, Allah mengurangkan dosa kau. Apabila kau kehilangan orang yang kau sayang, Allah nak bagi pahala melalui kesabaran kau.
J - Jadi janganlah kau mengeluh sekiranya didatangkan dengan ujian, berat macam mana sekalipun, itu tanda Allah sayang kau. Janji Allah itu pasti, Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Apabila Dia berkata "kun fayakun", maka jadilah. Dan ujian itu bukan untuk main-main, tapi peluang untuk kau meningkatkan keimanan di jiwa.
I - Ingatlah. Allah memberi ujian kepada hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya mampu untuk menanggung. Bukan untuk membebankan tetapi sebenarnya meringankan kau pada masa hadapan. Sekiranya pada masa hadapan, kau hadapi seorang kawan yang sangat tidak setia, di mana kau telah melaluinya pada masa lepas, maka kau akan lebih tenang dalam menangani masalah tersebut. Allah memberikan pengajaran untuk masa depan kau.
A - Alhamdulillah, bersyukur sekiranya kau masih diberi ujian. Lebih besar ujian, lebih banyak kasih sayang Allah limpahkan. Dia bukan meninggalkanmu, malahan dia lebih mendekatikum. Kerana ketika didatangi ujian, ramai yang berpusu mencari-Nya. Allah memberi ujian kerana Dia rindu doa dan rintihan hamba-Nya.
N - Nanti, selepas kau melepasi ujian yang diberikan, kau akan lebih kuat. Dengan adanya redha Allah. Nanti selepas didatangi ujian, dan kau dapat mengatasinya, jangan kau lupa pada-Nya. Lebihkan masa bersama-Nya. Doamu didengari-Nya, rintihamu diiringi oleh malaikat untuk berjumpa dengan-Nya. Bersyukurlah..Allah masih sayang
No comments:
Post a Comment