Cliche betul tajuk. Nak balik dah pun minggu depan still homesick lagi ke?? Ye dohh aku dah nak sebulan tak balik even rumah dekat sini ja. Orang SG pun dua minggu sekali balik T.T so tak sah la andaian yg kata belajar dekat boleh selalu balik rumah. No beb. Satu, fikir komitmen kat kolej or fakulti. Ada program,aktiviti yg kena join. Dua, ada assignment. Dekat rumah boleh ke hg buat? Kalau aku, tak boleh. Mmg kena dok sini. Cukup la asyik distracted dgn phone and cable yg laju, kalau dkt rumah dgn cerita korea nya lgi, movie nya lagi zzzzz. Tiga, fikir juga pasal tambang nak balik. Aku selalu balik rumah naik tren. Tren dah la mahai benor tambangnya. Ye mmg ada kad student tu. Tapi belum berkesempatan nak buat. So selagi tak buat, selagi tu aku fikir 10x sebelum nak balik.
Kadang-kadang homesick ni bukan kita je rindu mak ayah, mak ayah pun rindu kita. Kita tak balik dua minggu dah seisi rumah termasuk nenek tanya "bila nak balik". Kalau nak mengadu dekat mak tu, fikir dua kali. Nanti mak pujuk jugak suruh balik tapi kita mmg tak boleh balik. Acah2 kuat la kan boleh je sebulan tak balik tapi deep inside, Allah je tahu. Bila dengar member balik, aku macam jealous gila T.T tapi mungkin doa aku sem lepas termakbul which is aku cakap " taknak balik selalu sem depan" lol cakap tu satu doa so beware dgn percakapan kau *tibahhhh*
Banyak assignment menanti sebelum balik minggu depan. Nak study utk mid term lagi ouch banyak sngt main tak ingat langsung nak study. Doakan la supaya segala urusanku dipermudahkan. Aamiin :)
No comments:
Post a Comment