Monday, 25 April 2016

Introvert, Extrovert, and Ambivert

Introvert; Lebih suka berada dalam kumpulan kecil daripada lepak dengan ramai orang.Mereka lebih berfikir sebelum berbicara, lebih suka mendekati kepada risiko (dengan sengaja), dan lebih suka bersendirian. Mereka lebih bertenaga apabila buat fokus kepada sesuatu yang sangat menarik minat mereka. Apabila mereka berada di dalam keadaan yang sangat bising, terlalu sesak dan kuat, mereka selalu rasa tidak senang dan merasa terbeban. Mereka suka kepada tempat yang memberi ketenangan untuk memulihkan tenaga dalaman, dan itu adalah masa yang mereka rasa mereka yang paling kuat. Mereka paling hebat dalam memanfaatkan kekayaan.

Extrovert; Berlawanan dengan introvert, extrovert lebih selesa berkomunikasi dengan kawan mahupun orang asing. Mereka sangat tegas, senang to get along, dan mampu memberi yang terbaik. Mereka lebih baik dalam berfikir atas kepercayaan sendiri; mereka sangat selesa dengan konflik. Jika diberi pilihan, extrovert lebih terangsang dengan persekitaran yang memberi peluang untuk mereka bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Apabila mereka di dalam keadaan yang senyap dan sunyi, mereka cepat merasa bosan dan resah. Mereka lebih suka melibatkan diri dengan persekitaran dan mereka paling hebat dalam memanfaatkan tenaga.

Sumber : http://www.quietrev.com/the-introvert-test/
(Boleh uji anda introvert, extrovert atau ambivert hihu)

Ambivert; Gabungan introvert  dan extrovert:

  • Extrovert; sangat mudah bergaul, tidak boleh berada dalam kesunyian
  • Introvert; tidak suka bergaul, sangat suka berada dalam kesunyian
  • Ambivert; bergantung kepada keadaan
Kelebihan ambivert:
  • Fleksible : Senang menyesuaikan diri dengan persekitaran
  • Stabil : Menurut ahli psikologi Hans Eysenck (1974), ambivert menguasai beberapa sifat hipersensitiviti introvert, dan menguasai beberapa sifat "keras" extrovert.
  • Intuitif : Danial Pink menjelaskan ambivert tahu bila untuk memeriksa, bila untuk bertindak balas, bila untuk bercakap, bila untuk diam, dan bila untuk menahan, bila untuk menolak.
Sumber : http://www.scienceofpeople.com/2014/12/ambivert-extrovert-introvert/

Kualiti ke Kuantiti?

KAWAN

Bila ramai; senang nak ajak keluar. Kalau sorang busy, ada lain yang boleh teman. Kalau nak minta tolong, boleh minta tolong ramai orang. Bila dapat kawan ramai, yang duduk luar daripada tempat kita, kita dapat bertukar adat. Jemu lah kalau orang selangor, asyik kawan dengan orang selangor je. Bila kau ramai kawan daripada lagi 13 negeri, kan best. Boleh ikut dia balik negeri dia, melawat tempat yang takde dekat tempat kau. Tambah ilmu, luas pandangan.
Yang tak best nya, bila dah ramai sangat kawan, ramai pulak hati nak kena jaga. Contoh; kau keluar dengan kelompok ni bercuti ke sana ke mari, kelompok yang lain cakap "asyik dengan dorang je. Dah tak ingat kitorang lah tu" pulak... Bila kau dah janji dengan orang lain dan terpaksa tolak permintaan kawan pun dorang dah tarik muka. Kalau biasa-biasa tu okay la, kalau jenis yang exaggerate punya memang saling block whatsapp lah twitter, facebook, instagram..apa lagi?
Tapi bila dah macam tu, kau dapat satu pengajaran, iaitu; kau boleh ajar diri kau untuk absorb dengan semua perangai kawan-kawan kau yang variety tu. Ada yang hati tisu, kau kena bagi "penjagaan" yang rapi, kena concern lebih. Ada yang hati keras tu, kau kena lebih keras untuk kawal dia. Macam-macam lah perangai. Tapi apa guna hidup kalau tak berkawan?

Bila kurang/tiada kawan; susah nak minta tolong. Tak biasa nak bergaul, and jadi social-awkward. Kau rasa semua kerja dalam hidup ni kau boleh buat sorang ke?? Kalau macam ada group assignment, kau nak jadi sleeping partner ke? Atau kau nak jadi selfish, nak buat sendiri taknak datang discussion. Puncanya sebab kau tak biasa bergaul. Bila ada masalah, tak tahu nak contact siapa? Pemalu isn't an excuse. Memang malu sebahagian daripada iman, tapi kena ingat; "malu bertanya, sesat jalan"
Yang bagusnya bila kurang, or takde kawan ni, tak payah susah-susah nak jaga hati siapa? Tak payah fikir pasal masalah orang. Fikir masalah sendiri je. Banyak masa untuk diri sendiri. Boleh tengok movie, spent time for yourself, siapkan kerja, jimat duit (eh). Lagi satu kau boleh berdikari. Belajar sesuatu dengan diri sendiri. Tak lah asyik menyusahkan orang sebab minta tolong daripada dia (kot) sebab sometimes ada orang tak suka bila orang lain minta tolong dengan dia. And bila tak ramai kawan ni, hang boleh share macam-macam dengan dia, dengan syarat kena cari yang loyal and trusted (wah macam brand pulak). Makin besar, makin busy. Bila nak kumpul ramai-ramai ni susahkan. Tapi kalau sikit je orang senang nak berkumpul. And kau dapat kenal dorang lebih dalam; macam mungkin dia ada abang untuk dijadikan bakal zauj kau ke? (opssssss)

Kuantiti atau Kualiti; kau pilih yang mana? Yang banyak-dan-menyusahkan-tapi-tak-forever-alone atau yang sikit-forever-alone-tapi-menyenangkan? Berhati-hati in choosing friends. Sebab bukan semua kawan kau adalah kawan. Kadang-kadang kawan kau tu senang-senang boleh tikam kau dari depan. Tapi ada juga yang selalu doakan kau dalam diam. Kita tak tahu. Manusia ni unpredictable. Susah nak faham. So bila berkawan, jangan benci sangat, jangan rapat sangat. Sebab mungkin yang kau benci, adalah yang terbaik dan selalu ada untuk kau pada masa hadapan, and yang rapat might be the one who betrayed u :)


Saturday, 23 April 2016

UJIAN

U - Ujian yang kau dapat sebenarnya untuk Allah berikan pahala secara percuma. Apabila kau didatangi dengan kesakitan, Allah mengurangkan dosa kau. Apabila kau kehilangan orang yang kau sayang, Allah nak bagi pahala melalui kesabaran kau.

J - Jadi janganlah kau mengeluh sekiranya didatangkan dengan ujian, berat macam mana sekalipun, itu tanda Allah sayang kau. Janji Allah itu pasti, Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Apabila Dia berkata "kun fayakun", maka jadilah. Dan ujian itu bukan untuk main-main, tapi peluang untuk kau meningkatkan keimanan di jiwa.

I - Ingatlah. Allah memberi ujian kepada hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya mampu untuk menanggung. Bukan untuk membebankan tetapi sebenarnya meringankan kau pada masa hadapan. Sekiranya pada masa hadapan, kau hadapi seorang kawan yang sangat tidak setia, di mana kau telah melaluinya pada masa lepas, maka kau akan lebih tenang dalam menangani masalah tersebut. Allah memberikan pengajaran untuk masa depan kau.

A - Alhamdulillah, bersyukur sekiranya kau masih diberi ujian. Lebih besar ujian, lebih banyak kasih sayang Allah limpahkan. Dia bukan meninggalkanmu, malahan dia lebih mendekatikum. Kerana ketika didatangi ujian, ramai yang berpusu mencari-Nya. Allah memberi ujian kerana Dia rindu doa dan rintihan hamba-Nya.

N - Nanti, selepas kau melepasi ujian yang diberikan, kau akan lebih kuat. Dengan adanya redha Allah.  Nanti selepas didatangi ujian, dan kau dapat mengatasinya, jangan kau lupa pada-Nya. Lebihkan masa bersama-Nya. Doamu didengari-Nya, rintihamu diiringi oleh malaikat untuk berjumpa dengan-Nya. Bersyukurlah..Allah masih sayang

Sunday, 17 April 2016

Social Work II

Dah ada I mesti la ada II nya kan? muehehehe Hi again. So this story is after 2 years lepas social work yg first tu. Baru je buat semalam (16/4/16). Masa meeting untuk buat benda ni terus ter-flash back yang first punya. Adakah ianya serumit itu? For this time we go to Seksyen 7, Bangi. Rumah-rumah dekat sana besar-besar bak hang. Sebelum tekan loceng kitorang explore dulu design rumah dorang ><

Kitorang start at 9.30 am. Tekan loceng dari rumah ke rumah, pintu buka, TV buka tapi tak menjengah pun keluar.. K sabar lagi, baru start engine. Hampeh...sederet tu idok ade yang menyahut...nak give up dah time tu, tapi this very one house kebetulan dia ada dekat luar, macam tengah bersiap nak keluar. Tapi kitorang try jugak.

"Assalamualaikum"
"Ye ye waalaikumussalam, meh masuk dekat luar tu panas"

lol, dalam hati macam, eh benor ke tuan ghumah ni. Kenal ke? Lepastu kitorang cakap la macam tu macam ni..terus dia bawak kami masuk n suruh split. Dua orang ke depan, tiga lagi ke belakang. Bersihkan itu ini, dia bagi arahan la. Kitorang pun patuh je. Berapa minit lepastu dia kata dia nak keluar. Weh bayangkan kitorang dah la first time datang, tak kenal pulak tu tetiba dia nak tinggalkan rumah dia macam tu je. Anak dia pula taknak ikut, katanya sebab ada kitorang. Lepastu dia keluar je....zzz pelik seh.

Lepas sejam macam tu kitorang settle kerja, dorang pun balik...lepastu lepak-lepak jap dengan abang tu (idk what to call him, abang nampak mcm muda sngt, pakcik macam tua sngt). Dia orang kelantan, relax je KAU,AKU lepastu cerita macam-macam benda and suddenly...

"Aku nak lepasni dah habis belajar, nak kerja, ingat balik apa yang korang buat sekarang. Jangan lupa, ni semua kenangan untuk korang. Aku dah rasa benda ni, sebab tu aku percaya dekat korang. Orang-orang dekat sini minded dorang tinggi sangat. Dorang tak layan benda macam ni. Mungkin dorang tak pernah lalui, mungkin dorang pernah lalui tapi dah taknak ingat benda tu. Jadinya nanti kalau dah berjaya, ingat balik semua ni"

*angin bertiup*

Masa nak blah dia siap bagi no phone sebab sebelum tu dia ada bagi cadangan macam mana kitorang nak dapatkan dana ni. Alhamdulillah, gladly we found him. Dia banyak bg kata-kata semangat. Ter-motivated sngt. Thanks abang hazman. We surely remember your advices :)

Social Work I

hi alls! Iolls hampir terlupa nak sambung blog ni tau...nasib baik teringat. Ok for this time aku nak share pasal social work. Social work tu gapo? Social work is kerja kebajikan...tapi yg pernah aku buat kerja yg ada upah sebab this is for fund purpose. Seingat aku, aku pernah buat social work ni 4 kali. Dua kali tu aku buat kerja dekat zoo tanpa bayaran, and dua lagi aku buat dengan mendapat bayaran. Em rasa macam bersalah la jugak nak buat kerja kebajikan tapi ada fulus..hehehe~

Social work yang aku buat first time is dekat Kuala Kangsar. Time tu aku dekat KMPP ada program dengan BTN Perak. Kitorang ada satu group lepastu split 2. Satu team buat mission, satu team kena buat social work untuk dapatkan duit. Aku tergolong dalam team kena buat social work tu. Ingatkan senang, sebab pusing kuala tu nampak macam besar, mesti la ada kedai-kedai yg perlukan pertolongan kitorang ke apa kan. TAPI mashaAllah...susah sangat. sangat sangat susah rasa nak menangis sebab masa tak banyak lepastu penat berlari sana-sana. Group social work split lagi into 3 groups. Aku time tu dengan Aka. this girl ah so cute kecik molek, so kau rasa boleh ke nak biar dia penat? Dia pulak classmate aku. Lagi la aku kesian dengan dia. About 2 hours jugak merayau, lastly kitorang dapat dekat this one bakery ni. Dokek yo dengan bus stop tempat kitorang start tadi -.- the perk dapat kerja tu ya Allah rasa macam bersyukur gila. So we talk to this aunty apa yg kitorang boleh buat and dia suruh kemas tu ini. Kitorang ok je la sebab makcik tu sorang2 lepastu dia punya dapur messy gila...sambil tu kitorang borak la jugak dengan makcik tu. Kesian la kan sebab dia pepagi subuh kena bangun, nak siapkan kek nak kemas dapur lagi. Malam pula balik lewat, sorang pulak tu. Demi mencari sesuap nasi..by the time aku rasa macam tersentak gila. I call my mom lepas dah siap kerja semua tu tapi tak dapat...and I miss her and my dad so much..

Dalam sejam lebih camtu kerja kitorang settle. And masa pun dah nak habis so we make it ok!! I tak ingat dia bagi berapa. Dalam RM 20-30 kot dia bagi. Bersyukur dapat juga. Nak minta banyak pun buat apa. Dia lagi penat daripada kitorang. Lepas siap kerja, salam pe semua kitorang cari surau solat. Masa nak pergi surau nampak kawan-kawan ada lagi yang bertungkus lumus kerja. Ada kerja dekat restoran, dekat kedai baju. Work hard gila. And these beautiful memories will never fade away.

So apa yang aku dapat for this very first time of me doing the social work is....it's never easy to find money. Aku teringat how my parents work to give us money and sometimes or every time we carelessly use the money, membazir. I actually burst into tears masa solat reminiscing how hard they work. Emosi gila kot...even kitorang tak dapat duit banyak, but we still grateful. Benda ni menguatkan lagi persahabatan, kerjasama.. Fuh cliche banget nih. I enjoy this moment, and I'll never forget about it :)

Friday, 15 April 2016

Cuti

Hm T.T cuti macam tak cuti je. Patutnya balik ahad tapi kena balik awal....ada perkampungan MAC 16. Ayyy taknak balik UKM :( boleh je nak balik awal tapi mak ayah tak hantar sampai sana. Balik sorang pulak tu T.T memang suram jumaat aku harini........dia punya taknak balik tu mcm budak tadika taknak pegi sekolah. Tapi takpela kot. Nanti balik. I'm so sure kali ni punya balik bnyk kali balik kot....aku peduli apa....cuti ni pun bnyk tgk cerita korea yg dah berzaman record tapi tak sempat nak tgk. Lepastu banyak makan je. Bila lg nak bnyk makan kalau tak dekat rumah en? Cuti ni macam biasa la. Ingat boleh study..hampeh. Idok pun. Sentuh pun tak. Mampu tengok je. Kalau dkt UKM boleh la kot study em k. Skrg ni tgh tggu ayah sebab nak gerak pi KTM dah. Eeee sumpah nak nangis tapi depan mak ayah pulak. Kay ketemu di next blog ya

Saturday, 9 April 2016

Treatment?

Ni sambungan daripada title tadi hehehe kk kita start. Kalau kecewa apa korang buat? The first among all izzzzzz makan right? Foods memang the best treatment >< ada dekat tuider UKMtwt penah bincang pasai apa yg hg nak buat dekat kawan yg kecewa,frust. And about 98% answer "bawak pergi makan". Tapi selain dpd makan apa lagi ek treatment for those yg kecewa? Yelah yelah, luangkan masa dgn Allah also the main treatment. Other than that? Kalau aku...aku suka sngt dengar lagu. Ada masa aku frust, aku dengaq lagu kuat2. Tak menyanyi sekali, tapi nangis. Ha frust sngt la tu. Lebih dpd frust menonggeng. Ha and aku akan menangis. Menangis la puas2, cakap dgn orang pun boleh menangis. Sampai dah macam tak boleh nangis baru berhenti. Tengok la running man ke MLM ke sepahtu reunion, pun nangis kalau tak habis menangis. Lepastu aku make a time for myself where actually I'm avoiding everyone. Kalau senyap je tu ha bukan berak,tapi tgh frust. Daripada cakap dgn orang nt marah / nangis, baik diam kan. Last bila dah ok sikit, baru la nak bercerita dekat orang. Time ni dalam phase "agak boleh terima kenyataan" so takde la nak nangis sangat kan. The best remedy goes to EAT. Sehari boleh habis RM50 kalau frust. Tu nak makan,ni nak makan. Literally me.....then menyesal duit habis sebab makan je T.T manage ur emotions wisely. Different people, different ways kan? Apa-apa pun jangan la sampai nak suicide, tak cium bau sorga nanti kayyyy :)

Kecewa...

Fuh tak boleh move on daripada vibe yg negative time nak tulis blog ni. Kecewa yg paling kecewa is bila kau betul-betul berharap on certain thing tapi bila dah halfway, harapan kau musnah macam tu je. Lagi-lagi bila orang bagi harapan dekat kau. Bila harapan besar, bila tak jadi, sakit dia pun jadi besar la. Sampai nangis tiga hari tiga malam bila teringat. Lama jugak la kot nak sembuh, lagi bila orang duk cakap pasal benda tu. Luckily hidup kau dipenuhi dengan kawan kawan yg sangat supportive. Dorang tak support dari segi yg pujuk time nangis je, tapi dorang buka mata kau dekat jalan lain, jalan yg lagi besar. At the end of the day, kau pun redha and pasrah je dengan apa yg jadi. Sebab? Bukan rezeki kau. Nak buat macam mana? Alhamdulillah. Bila dah redha, dah habis mengadu dekat Allah, Allah bagi satu nikmat kepuasan yang tak pernah kau rasa. Everyday it will be better. So guys, if u ever feel down on certain thing, turn back to Allah. He knows the best for you. :)
"Kalau stress sangat pergi makan" - Q,2016
"Bahu tak cukup besar nak bagi dekat kau" - Z,2016
"Dah lama nanti kamu rasa la benda tu macam sampah je" -A & P,2016

Friday, 8 April 2016

Air

Hi? :)) cuba teka why tema kita is ayaq? Yes, bingo. Sebab ukm takdak ayaq lani. Since now I am home, so aku taktau la keadaan air dekat ukm macam mana? Sebelum aku balik semalam KUO still ada air. KUO tu blok aku je kot yg okay. Blok flatlet semua aku rasa takde air. Alhamdulillah syukur sebab air ada masa aku dekat sana. Jangan la balik nanti takde air pula. Dah la kena balik kolej awal :( Kolej lain memasing takde air. First yg kena KKM kot. Member aku balik awal hari isnin balik sebab takde air. Hari selasa, malam, tetiba dapat ws dpd qila. Dia cakap nak tidur KUO. She's not the one yg suka bergurau. If she said so, then she'll do it. Tetiba dah terpacul depan pintu. Dua hari dia tidoq KUO. Aku dapat info air ni akan terputus dalam 2 weeks..so inshaAllah, bukak cuti ni adalah air. Kalau tak, tambah lagi cuti seminggu. Tapi cuti sendiri :p

Saturday, 2 April 2016

Homesick

Cliche betul tajuk. Nak balik dah pun minggu depan still homesick lagi ke?? Ye dohh aku dah nak sebulan tak balik even rumah dekat sini ja. Orang SG pun dua minggu sekali balik T.T so tak sah la andaian yg kata belajar dekat boleh selalu balik rumah. No beb. Satu, fikir komitmen kat kolej or fakulti. Ada program,aktiviti yg kena join. Dua, ada assignment. Dekat rumah boleh ke hg buat? Kalau aku, tak boleh. Mmg kena dok sini. Cukup la asyik distracted dgn phone and cable yg laju, kalau dkt rumah dgn cerita korea nya lgi, movie nya lagi zzzzz. Tiga, fikir juga pasal tambang nak balik. Aku selalu balik rumah naik tren. Tren dah la mahai benor tambangnya. Ye mmg ada kad student tu. Tapi belum berkesempatan nak buat. So selagi tak buat, selagi tu aku fikir 10x sebelum nak balik.

Kadang-kadang homesick ni bukan kita je rindu mak ayah, mak ayah pun rindu kita. Kita tak balik dua minggu dah seisi rumah termasuk nenek tanya "bila nak balik". Kalau nak mengadu dekat mak tu, fikir dua kali. Nanti mak pujuk jugak suruh balik tapi kita mmg tak boleh balik. Acah2 kuat la kan boleh je sebulan tak balik tapi deep inside, Allah je tahu. Bila dengar member balik, aku macam jealous gila T.T tapi mungkin doa aku sem lepas termakbul which is aku cakap " taknak balik selalu sem depan" lol cakap tu satu doa so beware dgn percakapan kau *tibahhhh*

Banyak assignment menanti sebelum balik minggu depan. Nak study utk mid term lagi ouch banyak sngt main tak ingat langsung nak study. Doakan la supaya segala urusanku dipermudahkan. Aamiin :)

Zoolunteer 3.0

Hi guysss! I'm back again. Baru je bangun daripada tidur yang lena (tak lah lena sangat). Actually baru je balik dari Zoo Taiping malam tadi. Pukul 3 pagi baru sampai kolej. Penat dia bukan main. So apa yang kitorang buat dekat sini? Sebelum tuuu, this program is actually conducted by Kelab Ekonomi FEP and this is their third time.

Aku pernah join this kind of activity masa dekat sekolah menengah, pergi buat kerja sukarelawan di Zoo Negara and it started awal pagi la. Subuh kitorang dah gerak ke sana. Yang ni pukul 9.30 am baru bertolak ke Perak. So sampai sana dalam pukul 3 lebih macam tu. Even orang yg jaga sana pun cakap "sebenarnya saya terkejut ada komuniti yang nak buat kerja sukarelawan ni. Patutnya buat pagi so kamu boleh ikut staff lain yg on duty. Sekarang dah petang and nothing much u can do" kitorang pun ye kan je lah. Sebab nya dorang nak buat night safari. That's why la gerak lambat katanya. Ada juga la kerja yg kitorang boleh buat.


Ok guys acah acah sikit buat kerja


So lepas buat kerja dah penat semua, kitorang cuci mata tengok "kawan-kawan". Dah lama tak pi zoo so macam batak sikit la tgk dorang.Tapi banyak haiwan tengah tidur, mungkin sebab panas sangat atau mungkin memang waktu tidur depa
Nampak tak anak gajah dalam air tu?

Sekelip mata dia hilang tak timbul timbul
Singa dekat atas batu taknak bangun pun, tidur je :(




Malam tu kitorang singgah Dataran Ipoh. Gerai tepi jalan izzzzz ma feveret!!! Ada banyak gerai and ramai gila orang. Kitorang pun lapaq, so duduk ja la kat mana2. Lupa nak snap gambaq nak bagi hmpa terliuq tgk kami makan char kue teow & nasi goreng udang

Tamat la perjalanan kami bila dah sampai UKM. Back to reality katanya. Even tak banyak aktiviti kitorang buat but still boleh relax kan otak asyik terperap je dekat bilik. Jumpa lagi di  Zoolunteer 4.0! Btw thanks to Kelab Ekonomi FEP for having us! Xo