Secara tradisi kulit manggis digunakan untuk merawat
penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu
pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai
penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea,
jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas
pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol ,
keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak
dan insyaallah pelbagai lagi masaalah. Di Thailand pula, dorang buat kulit manggis ni sebagai produk kecantikan seperti syampu dan sabun bagi mengelakkan penyakit kulit.
Sumber : http://anizyn.blogspot.my/2011/02/khasiat-buah-manggis.html
“Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika
bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi
zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai
nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis.” – David Fairchild , PhD.,
penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.
Hmm bukannya sedap je kan, malah memberi banyak khasiat. Tapi tu lah, susah sikit nak dapat buah manggis. Kalau musim dia, berlambak dijual dekat kedai ke, supermarket, pasar, tepi jalan pun beratur orang jual. Sambil-sambil makan tu boleh la kot tahu khasiat buah ni. Bukan main makan je :P
![]() |
| Sedapnya weh. Lagi kalau dapat hat panas ni. And untuk tahu berapa banyak ada dalam ni tengok kelopak dia yang warna hijau nah |











