Tuesday, 29 March 2016

Buah Manggis

Hi!!!! Okay tajuk this week takdelah macam sendu sangat sebab it's about BUAH MANGGIS. Gigih tau tak berebut nak buah apa... Kenapa aku pilih buah ni sebab this is one of my favorite buah in the world. Buah bermusim yang susah nak cari ni memang aku suka. Sebab nikmat dia bila dapat tu pehhh Allah je tahu. Last aku makin buah manggis masa dekat KMPP, so about setahun lepas la. Masatu roommate bawak daripada Kedah, dia bawak satu plastik besar tu, bayangkan. Kitorang empat orang habiskan dalam satu malam je. Punya la favorite buah manggis ni. Makan je la tahu kan? Tapi actually korang tahu tak apa yang paling berkhasiat dekat buah ni? Yaaaaa, kulitnya dan bijinya. Aku pun baru tahu sebab ada baca dekat blog sorang ni dia cerita pasal khasiatnya. Nak tahu? Okay okay cerita dia macam ni...

Secara tradisi kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah. Di Thailand pula, dorang buat kulit manggis ni sebagai produk kecantikan seperti syampu dan sabun bagi mengelakkan penyakit kulit.

Sumber : http://anizyn.blogspot.my/2011/02/khasiat-buah-manggis.html

“Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis.” – David Fairchild , PhD., penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.
 
Hmm bukannya sedap je kan, malah memberi banyak khasiat. Tapi tu lah, susah sikit nak dapat buah manggis. Kalau musim dia, berlambak dijual dekat kedai ke, supermarket, pasar, tepi jalan pun beratur orang jual. Sambil-sambil makan tu boleh la kot tahu khasiat buah ni. Bukan main makan je :P
 
Sedapnya weh. Lagi kalau dapat hat panas ni. And untuk tahu berapa banyak ada dalam ni tengok kelopak dia yang warna hijau nah
 

No comments:

Post a Comment