Tuesday, 1 March 2016

AKU

Aku? Ya, aku. Tajuk yang Sir Azzwan berikan sebagai tema pertama untuk minggu pertama membuat post. Aku, Fariha binti Rahman. Tahun ni aku meningkat umur kepada angka 20. Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru ambil result SPM minggu lepas (ceyyyy cliche sangat). Aku tak sangka dapat masuk ke UKM ni. Time interview haritu langsung tak fikir dapat lepas nak masuk sini dengan result ekonomi aku masa matrik aku hanya dapat A- dan aku ke sini dengan kos ekonomi. Tapi berkat doa mak ayah aku, apa yang mereka cakap jadi kenyataan. "Mak nak kau masuk UKM, mak teringin sangat nak tengok kau masuk sana" POFFFFF and it's become real. Betullah, doa ibu bapa tu memang makbul.

    Kejayaan aku semasa di sekolah menengah, dengan perangai yang tidak dapat dibendung, pelbagai masalah aku lakukan, doa ibu bapa dan doa guru yang paling makbul. 8A 1C (jangan tanya C tu apa), kejayaan dalam PMR. 6A 4B 1E (jangan tanya E tu apa), kejayaan dalam SPM, di mana ketika peperiksaan percubaan kali pertama dan kedua aku hanya mendapat seketul dua ketul A sahaja. Tak ku sangka......doa mereka yang membawa ku ke alam matrikulasi. Alam di mana aku dimomokkan dengan ayat "matrikulasi susah" "jangan masuk kalau tak dapat bawa". Aku masuk dengan pelbagai tohmahan, aku keluar dengan kejayaan 3.7 di tangan aku. Dan kini aku di sini. Di UKM yang dibanggakan rakyat.

    Untuk ibu bapa, untuk guru-guru yang telah dan sedang mengajarku, dengan ini AKU berjanji, memberi sepenuh tenaga dan usaha untuk membanggakan kamu semua, di mana di masa hadapan aku akan berada di puncak kejayaan dan akan aku buktikan, AKU yang berhak untuk menebus budi kamu semua selama ini.

No comments:

Post a Comment