Tuesday, 1 March 2016

Expectations

Ha, expect apa tu? Expect pasal uni life beb. Sementara idea tengah mencurah kan. Expectations sebelum masuk matrik reversed dengan expectations sebelum masuk U. Maknanya aku expect dekat matriks dulu susah gila, with no friends, and jauh pula tu dengan family. In fact, dekat matriks I found new family. Bonding dekat sana kuat gila weh rasa macam I'm not gonna leave them. Lain pula cerita dia dekat U. At first expect life dia macam dekat matriks. Kawan ramai, no tense, relax tak macam dekat matriks yang schedule dia pack. Rupa-rupanya...kawan dekat sini hanyalah Nina and Khairiah (my gang masa dekat sekolah) and Aqilah. Aqilah pun sebab dia kos ekonomi and coincidentally satu mentor. Tak ada kawan lain..yang ada cuma stok bertegur sapa and bergurau sahaja (but I appreciate them ok). And macam ribut tau dekat sini, dengan class, program kolej lagi, program fakulti lagi. Malas aku nak cerita pasal Citra and jadual yang asyik clash tu je kan. Fuhhh kalau first and second week dah lepas, lega lah sikit. Tak adalah kena daftar manual ke, turun naik pejabat dekan, pergi BPA lagi..ok ok dah macam lebih pula kan.

   Expectations lagi, tengok UKM ni macam usang gila lepastu besar bapak pulak tu macam tak dapat habis round je selama tiga tahun dekat sini tapi sebenarnya, ala beb jalan kaki pun boleh sampai PK, jalan kaki pun boleh sampai Za'ba. Dia sebab bila naik bas or kereta ni dia berpusing, that's why la nampak jauh. Pasal usang tu, memang betul pun. Tapi unik beb. Dah 46 years old tau UKM ni. Dalam dia modern la, bukan la still guna blackboard and meja kerusi kayu yang macam sekolah tu.

"Lihat kampusku yang tenang,
Damainya alam ciptaan tuhan"

Memang sesuai sangat suasana UKM dengan lagu dia. Aku harap aku dapat memberikan sesuatu kepada UKM yang dibanggakan rakyat. Aku tak pilih UKM, tapi UKM yang pilih aku. Sekian... *buat kerja words sir Azzwan*

No comments:

Post a Comment