Hi I'm back. So tema this week is
"Lesu". Korang mesti pernah rasa lesu kan? tipu la kalau tak rasa. Kita manusia kot, bukan robot. Aku ada dua masa yang memang waktu lesu tahap ayam golek ah lesu dia. First, lepas tidur siang (tak kira la lepas subuh ke lepas zohor ke lepas asar) and bila ada kelas pagi (walaupun malam tu tidoq awai). Aku ni memang kaki tidur, so kalau takda benda nak buat lagi-lagi weekend, memang dari lepas subuh aku tidur, sampai nak zohor, lepas zohor tidur balik sampai la rasa nak bangun. Time tu memang lesu la, malam pun tidur jugak. Memang tak productive kalau hari aku tak ada apa-apa aktiviti or kerja nak buat.
Lepastu...waktu paling critical bagi semua student I think.
KELAS PAGI. This sem kelas aku semua pagi dari Isnin-Khamis (Jumaat takda kelas, saja bagitau). So hari-hari aku akan tidur awal supaya esok bangun pagi macam bersinar-sinar, macam ada halo light dekat atas kepala BUT no. Still aku bangun pagi datang kelas lesu.....Tapi sebenarnya mula-mula je kot. 10-15 minit awal tu memang kalau sir Azzwan buat lawak pun macam krik krik. Lepas critical hour tu bantai la gelak sampai nak putus urat kentut.
So tips untuk hilangkan kelesuan di pagi hari tu (aku baru amalkan sem ni)
- Stretching lepas bangun tidur
- Mandi awal pagi (6am - 630am) lepastu masuk bilik dengan kipas berkadar kelajuan tinggi
- Minum ayaq milo ka horlicks ka, breakfast la biskut cicah ayaq pun boleh. Nak ambil heavy breakfast tak sempat kot.
- The last one..... SELFIE. sebab mulakan pagi anda dengan senyuman.
The last one is a must ok. Jangan la lesu-lesu kalau dapat kelas pepagi kan. Baca la selawat bebanyak sebelum nak pi kelas. Jangan banyak sangat tidoq nanti cepat gemuk zz ok chiauuuuuu!
No comments:
Post a Comment