Wednesday, 25 May 2016

Penang

Today (25/5), 2 years back then, was the first day I ever came to Penang as I'm going to continue my study at KMPP. Daftar on 26 but I came earlier, yelah jauh kan. Masa sampai tu memang excited la sebab my family memang jarang bercuti, so bila dapat jalan jauh ni dia lain macam sikit.. until the next day where I have to register and all things aku buat sendiri. Selalunya my mom or dad teman, but no. This time I have to do that alone. Besar sangat rasanya KMPP tu tapi sebenarnya sebab parking jauh sangat. Bla bla bla dah habis register dah dapat bilik semua, dalam tengah hari macam tu, so my family have to go back. Takde benda nak buat dah katanya. Allah je tahu perasaan aku sebab tak pernah berjauhan sejauh itu dengan my family. Even duduk asrama sejengkal je dengan rumah hari-hari balik, apa lagi jauh macam ni... Aku pun follow la dorang balik kereta. Nak nangis tapi air mata tak keluar time tu. Perlahan gila abang bawa kereta sampai aku berjalan saing dengan dorang. Mak taknak lepas tangan at that time, ayah keep advising me. Adik didn't looked at me. Aduhhhh that feeling. Sampai dorang dah hilang dari pandangan baru aku balik bilik. Balik bilik nak nangis, roommate dari Kedah pulak ajak berborak. So tangguh jap nangis. Malam tu masa solat berjemaah, aku tak boleh tahan. Menangis lepas solat maghrib sampai isyak ><

It feels like yesterday I experienced that kind of feeling, tahu-tahu dah dua tahun berlalu. I missed the view from Penang Hill, I missed shopping, I missed everything. That kind of friends, that kind of view, that kind of memories would never turn back even I'm going back to Penang. I don't know when will I moving on from missing Penang and friends there u.u

Tuesday, 24 May 2016

X-C Family Day

Life being tough this recent weeks, my sleeping pattern was ruined. I slept mostly at 5 a.m. doing majalah KUO, and something related to MAC 16 (dinner kolej). Peeeeenat sangat. I always reminding myself, "takpe penat sikit je" even though I know, my body can't take it anymore. And yes! Allah bagi aku peluang for a short getaway dengan my second family here, Kelab Xtreme-C. We're going to PD ahad lepas. It was very exciting!!!! Walaupun muka burn teruk nak mampus. Takes time tau tak daripada off road haritu nak putih, ni senang2 je hitam balik :(

Kitorg pergi naik bas, 2 bas in total. And some of them naik kereta. Sampai je sana terus main game. Game dia "We are ping pong piang" ala-ala main goreng pisang tu. Siapa salah sebut ke gagap ke, kena baling dgn air+tepung. We are doing good, asyik kenakan orang je..memang best la kan. Tapi tetiba, kena dkt kitorang. Nak habis satu baldi dorang baling, and aku simpan dendam dkt org yg baling dkt tudung aku. Rosak tudung ai T.T !!!!! Lepastu dah habis, main game kotak beracun. Kena amik kertas and buat denda tu. Denda yg bebukan je, sama macam time annual camp. Lepastu rehat jap, and aktiviti air!!!!!!! In the afternoon!!!! Dgn matahari tegak atas kepala!!!! Main monyet dgn dodgeball. Dodgeball tu best, tapi my group kalah. Exciting gila sebab time tu semua org exaggerated time main tu. Tak sedaq langsung masing2 dah hitam. Aku naik awal, tolong yg lain bakaq ayam. Tapi aku dok siapkan makan org, aku tak dpt makan :') k takpe. Last tukaq hadiah. Lucky me got bantal!! Thanks aida :*

This is the last activity of Xtreme-C for this year. Lepasni AGM. Depa mmg jaga satu sama lain. Like masa bakaq ayam tu, one of budak laki ni suruh mandi, sebab aku dah hitam. Nanti makin terbakar. Yg perempuan, siapkan makanan utk aku. (Tapi tak sempat makan). Bonding yg baru setahun jagung, dah macam adik beradik!! I love u guys. May next year will fulfilled with happiness and excitement!! Love,pya xoxo



Sesal

Apa perkara yg buat kau menyesal sangat as a student? Procrastination. Ya, yang maksudnya menangguhkan kerja tu. Awal sem, minggu first second tu takdela rasa sangat kesan dia. Sebab time semua student dalam zon selesa which is kerja yg diberi awal sem tapi dok buat relax lagi tak siapkan. "Alah banyak lagi masa" "Alah dia nak kita hantar minggu ke 13 kot" "Presentation ni dia nak minggu last kan" dan macam-macam lagi alasannya. Chill lepastu dan2 kolej ada event, so tangguh lagi minggu tu nak buat discussion. Minggu depannya nak outing pula tengok captain america yg dah tunggu 2 tahun tu. Lepastu tetiba dinner tukar tarikh sama dgn minggu presentation pulak. Ha time tu dah kelam. Macam mana nak buat. Slide tak prepare, video tak siap, apa lagi, semua pakat tak siap *menangis* time tu lah menyesal dia datang bertubi2. "Pasepa tak buat awai" "Pasepa tgk captain america ritu padahal boleh download" dan macam-macam keluhan. Time tu lah discussion, time tu lah presentation, time tu lah nak demam apa semua. Serabut. Menyesal. Carry mark sikit. Final exam tak boleh buat. Bullsht. Menyesal tak guna dah time tu...........k. Macam meludah ke langit. So adik-adik ni #tipsmasukU don't procrastinate your works! Good luck!

Friday, 20 May 2016

Passion

Walaupun aku pemalas, aku seorang yang saaaaangat into works bila aku dah diberikan tugas. Aku akan siapkan dengan bersungguh-sungguh (walaupun aku akan mengeluh sepanjang masa). That's my passion. Macam sekarang aku sangat sibuk, dengan aktiviti kolej, assignment dah tentulah. Nak-nak dah nak hujung sem ni kan. Tapi silap aku, bila dah into sangat dengan aktiviti kolej, aku lupa tentang kelas dan assignment. Tidur 4-5 pagi, lepastu bangun, dah terlajak. Allah...berkat ke tidak ilmu aku dalam kelas, bila dah lambat ke kelas, ataupun terus tak datang kelas.

Ada yang tegur, aku sibuk sangat sehingga tiada masa untuk lepak-lepak ataupun outing. Bila aku bagi alasan ada kerja, mereka akan cakap "asyik ada kerja je, tak habis-habis". Aku tak tahu nak balas apa. Ada masa kita perlukan orang untuk bercerita tentang kerja kita, kerja tak siap lah, kerja orang lain kita buatlah. Tapi aku takut sangat nak bercerita. Kerana aku tahu apa jawapan mereka. "Siapa suruh involved dalam benda ni". Aku sangat terasa bila ada yang memanggil aku "kuli". Bagi aku, bila aku buat kerja di bawah arahan orang, aku bukannya kuli. Aku pelaksaa tugas. It was my passion, my responsibility. Memanglah susah, bila ada kerja orang kita kena buat, dan macam-macam lagi dugaan kerja grouping, tapi aku tak mampu tolak.

Ada satu yang ingin aku katakan - selagi kudrat masih kuat untuk melakukan tugas, laksanakanlah. Ini sebahagian daripada platform untuk kita membina soft skill. Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Bila dah diberi tanggungjawab, kau tak boleh lari. Bila kau tak boleh buat, kau boleh bertanya. Tapi kalau kau malu bertanya? Tepuk dada, tanya selera.

Peluang

Kalau aku ada satu peluang,
Ada satu benda yang aku ingin beritahu,
Aku akan beritahu yang aku sayang,
Aku akan beritahu yang aku rindu.

Andai wujudnya satu peluang,
Aku habiskan masa terluang,
Untuk bersama kamu, sayang.

Aku tahu kau tahu,
Semua yang ingin aku ungkapkan,
Tapi apa yang tidak kau tahu,
Aku tidak punya masa untuk nyatakan.

Masa yang berlalu, aku ditelan.
Aku dikejar dengan kerja yang tak berkesudahan,
Juga tidak punya masa untuk meluahkan perasaan,
Aku tahu, kau pasti terkesan.

Aku ingin tahu jika memang aku punya peluang,
Peluang untuk kau dan aku dipertemukan,
Tidak akan aku berenggang,
Tapi mungkin di syurga sana baru diperkenankan.

Saturday, 14 May 2016

One side work

K selalu kita dengaq one side relationship en ataupun bahasa jawanya cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi ni aku nak cakap pasal one side work yg membawa maksud bila kau ada kerja grouping, ada yg jadi sleeping partner or selalu MIA (missing in action). I experienced this many times like right now also. Bila kau ada banyak lagi unsettled works tapi ahli lain lepas tangan, taknak participate. Dah lah selalu tak turun meeting or latihan, tak bagi cooperation pulak tu. Bila minta tolong tak boleh tolong. Aku ni dah lah jenis tak suka dengar alasan. So benda ni membebankan. Banyak sangat kerja yet so little friends yg tolong. Tak bertanggungjawab on a single thing. Kalau macam ni tak payah la join at the first place. You just make things complicated. Just put my shoes on you, you akan rasa apa yg aku or semua orang rasa. Guys who read this, please aware pasal kerja yang dah diberi. Itu adalah amanah beb. You tak jalankan, you yg susah. Bear in your mind :)

Wednesday, 11 May 2016

Putus

Pernah tak korang rasa putus asa? Putus asa untuk bercinta ke belajar ke kerja ke? Rasa macam taknak hidup lagi dah dengan benda-benda macam tu. Rasa macam dah takda harapan nak bercinta lagi lepas clash, rasa dah taknak belajar nak menganggur je sebab fed up dengan tekanan belajar dan kerja? Mesti semua orang pernah rasa macam tu. Tak putus pun hampir-hampir lah nak putus asa. Kadang-kadang Allah datangkan rasa putus asa tu untuk beritahu, yang kejayaan tu memang betul-betul depan mata kau. Dia mahu menguji betul ke kau nak kejayaan tu. Pernahkan rasa macam time tu lah nak ada masalah bila benda tu dah nak settle? Dia hanya mahu menguji kamu :) Kalau kau gagal sekali pun, masih ada jalan lain dekat dunia ni Dia bagi dekat kau. Tu maknanya bukan rezeki kau. Ada je manusia yang putus cinta dengan manusia, berkali-kali, tapi sebab dia tak pernah putus harapan kepada Allah, dia jumpa cinta sejatinya dan hidup bahagia. Ada yang gagal berkali-kali, tak pernah dapat dean list, repeat or extend sem, tapi dia dapat membangunkan sebuah syarikat yang besar dan berjaya. Ada yang asyik kena tolak je apabila meminta pekerjaan, tapi alhamdulillah, apabila dia ditawarkan bekerja, gajinya lumayan, hidupnya senang. Semua tu sebab dia tidak berputus asa. Susah, balik kepada Dia. Senang, tinggalkan Dia. EH tak..susah senang, perlu balik kepada Dia. Semoga apa yang kau usahakan sekarang, akan tercapai suatu hari nanti. Don't give up *emoji sengih*

Wednesday, 4 May 2016

Carut

Carut. Apa yang kau rasa bila mencarut? Rasa puas? Rasa berdosa? Tidak rasa apa apa? Bagi aku carut ni antara satu cara untuk kau lepaskan kemarahan. Aku dibesarkan dalam kelompok yang ramai lelaki. Jadi aku dah terbiasa. Mendengar, dan mengikut. Susah bila dah terbiasa. Kalau dengan kawan rapat, okay lah kot. Kalau dengan orang lain? Nak pula yang jenis ustazah. Biasa pula tu sebut "doh" "sial" "bongok" "babi" etc. Bila terlepas rasa berdosa. Tapi bila cakap biasa, tidak pula rasa. At the end of the day, baru reflect balik, "apasal banyak sangat mencarut,ok lah esok taknak mencarut" tapi sebab dah biasa. Nak berubah? Boleh. Kawal la marah. Jawapan cliché and memang sepatutnya, istighfar. Tenang la sikit hati. Dok la mencarut dari siang sampai malam sampai hitam hati tu *gulp*

Crush

Awai beno buka blog. Now still 6:51 am. Why tulis blog pepagi ni? Its because i got a dream. Lewls. Mimpi ni mmg aku nak cerita dkt semorang. I got this one senior, back to 2009 when i was in form 1. Being a junior with many handsome seniors ni mmg parok. Sat suka kt dia tu, sat suka dkt dia ni. As what i remember, batch dorg la yg paling matured, yg paling handsome hahaha oh yg senior tadi. Aku suka gila dkt dia. Member semua macam "what,apahal kau suka dia. Ramai lagi doh yg handsome" but for me, no. Weh ni crush aku, yg korg nak sibuk apahal. Ceh padahal baru form 1. Everytime i saw him teroih macam kena athma. Mmg kalau boleh nak elak dpd dia sebab suka sngt T.T dgn member dia yg lain ok je. Tapi kitorg mmg selalu contact la. Even dia duduk hostel pun. Like everyday mmg akan contact. Mungkin dia tahu kot aku suka dia *emoji berfikir*

Tapi dah 6 tahun berlalu lepas kitorg lost contact. He went to Unisza, after finished his STAM. Tak ingat la dua tahun lepas ke bila, aku wish birthday dia thru fb. Dia reply. Tahun lepastu aku wish, dia dah tak reply :( Gosh everytime i saw his FB my heart feel like the first time. I got butterflies!!!!! And pagi ni i dreamt about him :( he said that he late two years to confess to me about his feeling. Idk if its true. Dia la crush aku yg paaaaaaaling lama. Aku rasa aku masih crush on him sebab last before cuti akhir tahun form 1 tu dia nak jumpa aku but aku dah balik :((( antara moment yg aku paaaaaling menyesal in my life. Wish i could turn back time :/ Mungkin dah tak crush dah lepasni sebab mimpi tu. Or mungkin dah tak crush kalau tetiba dia confess dekat aku? And then kitorg terus kahwin...? Mungkin...there's probability :)

Monday, 2 May 2016

Apa dosa besar tu?

Hi, ok creepy kan title blog. Actually idea ni datang tetiba. Teringat kitorang (aku,abang syafeeq,kak ekin,kak wana) main game "kalau" masa on the way pergi sungai chilling haritu. Aku tak sangka dorang se-open tu memandangkan aku je junior dalam kereta tu.
Abang syafeeq, me, kak wana, kak ekin
 So turn abang syafeeq, he asked us,

"apa dosa besar yang korang pernah terfikir nak buat?"

berfikir panjang jugak time tu. takde siapa berani buka mulut. but then aku terus jawab,

"bunuh diri", semua orang gelak... LOL

So aku buka la cerita, sebab game ni kena ada alasan kenapa jawapan dia macamtu.

There's a time masa sekolah menengah. Aku ni agak la nakal sikit, sikiiit je. Sekolah aku pula sekolah agama, and kecil. So apa-apa kesalahan orang boleh judge macam tu sahaja. Aku memang tak lari la daripada buat kesilapan sebab aku antara manusia yang tak sedar diri sekolah agama. Contohnya aku banyak kawan dengan lelaki, aku suka ponteng kelas, nak nak aku ni pengawas. Yela as a student, kalau hang asyik kena kutuk dengan cikgu yang mengajar, hang suka? Hang boleh tahan? Masatu pulak dah form 4,form 5. Masalah member semua... Dugaan gila *emoji nangis* banyak la benda yang aku kena hadapi masa form 5, dengan nak SPM. Satu je aku fikir, nak bunuh diri so that aku tak payah fikir pasal benda-benda ni semua. Time tu aku dah bayangkan masa depan yang gelap...yang tak nampak apa-apa..punya la murung time tu. Tapi bila mak ayah nasihat macam-macam, benda tu jadi tempat untuk aku melangkah. Aku fikir mak ayah dah tak fikir apa cikgu-cikgu cakap pasal aku, kawan-kawan pandang aku. Semua tu letak tepi. Sedar-sedar dah sampai UKM. Perancangan Allah... Alhamdulillah result SPM bagus, boleh masuk KMPP, lani dah dekat UKM sambung degree. Dengan semangat mak ayah, aku kuat. Alhamdulillah ya Allah.

Lepas cerita tu baru aku sedar yang aku dah lepas satu tembok besar kehidupan aku sebelum melangkah ke alam dewasa. Ada banyak lagi cabaran, banyak lagi jalan. Bunuh diri is not the only answer u'll get. So work your a$$ off. Jangan fragile sangat!!! :))

Xtreme-C Annual Camp

Yay setelah berapa lama terperap (taklah terperap sngt) dekat kolej ni, iolls dapat la juga keluar. Ke mana? Dengan siapa? Buat apa?
Ni ha dengan kelab Xtreme-C, KUO
Okay kitorang pergi ke Sungai Chilling untuk annual camp kelab ni, unfortunately tak ramai yg dapat join sebab ada yg pergi camp utk MEP (sendu)

Camp ni memang chill gila ceh mentang2 dekat sungai chilling. Kitorang ber-camping dua hari satu malam shj. Rate untuk tapak perkhemahan deposit min RM 150 or RM 10 seorang utk kumpulan yg lebih 15 orang. Tujuan dia mestilah utk jaga kebersihan. Oh lupa. Its open only on friday to sunday only. Yg tak berkhemah tu dah boleh mai start from 8am to 6pm. Bayaran masuk RM 1 sorang.

Gigih la bawak makanan banyak, sekali sebelum masuk tapak khemah ada gerai. Fuh air tebu dia memang sedap gila beb!! Rugi tak try. Sg chilling located at Kuala Kubu Baru ni also known as Santuari ikan sg chilling. Daripada UKM perjalanan dia dalam 1 hour to 2 hours macam tu lah. Malam tu hujan weh tapi tak lebat sngt macam masa Hari Interaksi dkt Gunung Angsi haritu..malam tu kitorg sempat main dua game and sing along together. Macam dkt drama teww

Bla bla bla dah hari kedua. Pukul 930 pg kitorang bersiap, nak pergi ke air terjun!! Trek perjalan mengambil masa 30-45 minit. Ada 5 lintasan sebelum sampai ke air terjun. Ramai gila yg nak pergi.
Ni la antara yang gigih merentasi sungai
Yg pergi waterfall ni tak ramai pun. Dalam 30 ahli yg pergi, ada 16-17 macamtu yg join. Sebab dorang kena jaga khemah n memasak hewhew. And nak naik waterfall ni selepas 3pm dah tak boleh sebab takut hujan. Then dah sampai apa lagi? Mandi la beb!!! Sejuk gila, time tu pun dah ramai orang. Yg lelaki ada terjun dari batu yg ada. Yg perempuan? Selfie laaaaa

Lepas sejam dalam ayaq yg sejuk tu kami pun naik semula and jalan balik ke tapak khemah. Dan dan nak balik kaki cramp. Tak pasal kena sepak dgn senior T.T sakit okkkkk tak tipu. Sampai je terus mandi dekat toilet. Eh tak, mandi dekat sungai bawah dulu baru mandi dekat toilet. Dah puas mandi sungai, bersiap utk makan dan balik. Have a great weekend seriously rasa taknak balik. Jom pergi lagi!!!! Anticipated untuk family day pulekkk. Tungguu~~

Rove Beetle

padia weh Rove Beetle ni?
Ni dia, tipu lah tak kenal en....




Haaaa ni la dia Rove Beetle or Tomcat or nama kampung dia Charlie. Nama scientific dia is Staphylinidae. Idk how it can be called as Charlie here. Kalau dekat sini (Malaysia), dorang banyak didapati di kawasan sawah padi. Masa study dekat KMPP dulu , eh no no. Before nak pergi study dekat KMPP, tak aware pun pasal benda. Tak silap aku before masuk tu ada several person cerita pasal Charlie and dekat news pun ada, tapi as seorang yang sangat tak suka tengok berita and newspaper, aku tak tahu la pasal benda ni. Dah lama dekat sana, ada kawan-kawan yang kena serangan Charlie ni. Contoh effect dia;
Tudia bakhang. Benda ni kecik ja kot, dalam range 7-8 mm, macam semut tu, kecik tapi merbahaya sebab dalam badan dia ada fluid/toxin called pederin.

Budak-budak kuliah aku ramai yg kena. Dekat mata lah, tangan, badan semua. Pedih weh (depa kata) benda tu. Luckily aku tak pernah kena, tapi pernah tengok benda tu. Memang kecik. Kot masuk dalam baju pun kita tak perasan. Yang aku tengok dorang buat, dorang guna soletape untuk perangkap dia. So bila masuk tandas KMPP tu hang nampak ah merata tempat Charlie tu kena. A way to recognize them is dengan warna merah dekat belakang badan dorang, macam dekat gambar tadi.

Ok sekarang aku nak bagitau precaution tips kalau tetiba dia hinggap dekat badan korang.
  1. Jangan picit dia macam kau selalu picit semut/nyamuk. Gunakan air untuk halau dia or tiup je.
  2. If dia dah hinggap, kau terus basuhd dengan sabun. Cara ini akan mengurangkan kesan daripada fluid dari badan Charlie tersebut.
  3. Kurangkan penggunaan lampu pada waktu malam sebab typically insects suka dengan cahaya.
  4. ALWAYS prepare "soapy water" sebagai first aid and make sure pergi ber-camping, tent tu ditutup selalu.
  5. Kalau dah kena and jadi teruk, pergi jumpa doctor. Nanti dorang bagi cream, InshaAllah okay sikit lepastu.
So beware dekat mana-mana je korang berada okay. Take care
*nak baca/tahu lebih lanjut about this beetles, check out at http://www.health.nsw.gov.au/environment/factsheets/Pages/rove-beetles.aspx