Wednesday, 11 May 2016
Putus
Pernah tak korang rasa putus asa? Putus asa untuk bercinta ke belajar ke kerja ke? Rasa macam taknak hidup lagi dah dengan benda-benda macam tu. Rasa macam dah takda harapan nak bercinta lagi lepas clash, rasa dah taknak belajar nak menganggur je sebab fed up dengan tekanan belajar dan kerja? Mesti semua orang pernah rasa macam tu. Tak putus pun hampir-hampir lah nak putus asa. Kadang-kadang Allah datangkan rasa putus asa tu untuk beritahu, yang kejayaan tu memang betul-betul depan mata kau. Dia mahu menguji betul ke kau nak kejayaan tu. Pernahkan rasa macam time tu lah nak ada masalah bila benda tu dah nak settle? Dia hanya mahu menguji kamu :) Kalau kau gagal sekali pun, masih ada jalan lain dekat dunia ni Dia bagi dekat kau. Tu maknanya bukan rezeki kau. Ada je manusia yang putus cinta dengan manusia, berkali-kali, tapi sebab dia tak pernah putus harapan kepada Allah, dia jumpa cinta sejatinya dan hidup bahagia. Ada yang gagal berkali-kali, tak pernah dapat dean list, repeat or extend sem, tapi dia dapat membangunkan sebuah syarikat yang besar dan berjaya. Ada yang asyik kena tolak je apabila meminta pekerjaan, tapi alhamdulillah, apabila dia ditawarkan bekerja, gajinya lumayan, hidupnya senang. Semua tu sebab dia tidak berputus asa. Susah, balik kepada Dia. Senang, tinggalkan Dia. EH tak..susah senang, perlu balik kepada Dia. Semoga apa yang kau usahakan sekarang, akan tercapai suatu hari nanti. Don't give up *emoji sengih*
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment