Walaupun aku pemalas, aku seorang yang saaaaangat into works bila aku dah diberikan tugas. Aku akan siapkan dengan bersungguh-sungguh (walaupun aku akan mengeluh sepanjang masa). That's my passion. Macam sekarang aku sangat sibuk, dengan aktiviti kolej, assignment dah tentulah. Nak-nak dah nak hujung sem ni kan. Tapi silap aku, bila dah into sangat dengan aktiviti kolej, aku lupa tentang kelas dan assignment. Tidur 4-5 pagi, lepastu bangun, dah terlajak. Allah...berkat ke tidak ilmu aku dalam kelas, bila dah lambat ke kelas, ataupun terus tak datang kelas.
Ada yang tegur, aku sibuk sangat sehingga tiada masa untuk lepak-lepak ataupun outing. Bila aku bagi alasan ada kerja, mereka akan cakap "asyik ada kerja je, tak habis-habis". Aku tak tahu nak balas apa. Ada masa kita perlukan orang untuk bercerita tentang kerja kita, kerja tak siap lah, kerja orang lain kita buatlah. Tapi aku takut sangat nak bercerita. Kerana aku tahu apa jawapan mereka. "Siapa suruh involved dalam benda ni". Aku sangat terasa bila ada yang memanggil aku "kuli". Bagi aku, bila aku buat kerja di bawah arahan orang, aku bukannya kuli. Aku pelaksaa tugas. It was my passion, my responsibility. Memanglah susah, bila ada kerja orang kita kena buat, dan macam-macam lagi dugaan kerja grouping, tapi aku tak mampu tolak.
Ada satu yang ingin aku katakan - selagi kudrat masih kuat untuk melakukan tugas, laksanakanlah. Ini sebahagian daripada platform untuk kita membina soft skill. Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Bila dah diberi tanggungjawab, kau tak boleh lari. Bila kau tak boleh buat, kau boleh bertanya. Tapi kalau kau malu bertanya? Tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment