Monday, 2 May 2016

Apa dosa besar tu?

Hi, ok creepy kan title blog. Actually idea ni datang tetiba. Teringat kitorang (aku,abang syafeeq,kak ekin,kak wana) main game "kalau" masa on the way pergi sungai chilling haritu. Aku tak sangka dorang se-open tu memandangkan aku je junior dalam kereta tu.
Abang syafeeq, me, kak wana, kak ekin
 So turn abang syafeeq, he asked us,

"apa dosa besar yang korang pernah terfikir nak buat?"

berfikir panjang jugak time tu. takde siapa berani buka mulut. but then aku terus jawab,

"bunuh diri", semua orang gelak... LOL

So aku buka la cerita, sebab game ni kena ada alasan kenapa jawapan dia macamtu.

There's a time masa sekolah menengah. Aku ni agak la nakal sikit, sikiiit je. Sekolah aku pula sekolah agama, and kecil. So apa-apa kesalahan orang boleh judge macam tu sahaja. Aku memang tak lari la daripada buat kesilapan sebab aku antara manusia yang tak sedar diri sekolah agama. Contohnya aku banyak kawan dengan lelaki, aku suka ponteng kelas, nak nak aku ni pengawas. Yela as a student, kalau hang asyik kena kutuk dengan cikgu yang mengajar, hang suka? Hang boleh tahan? Masatu pulak dah form 4,form 5. Masalah member semua... Dugaan gila *emoji nangis* banyak la benda yang aku kena hadapi masa form 5, dengan nak SPM. Satu je aku fikir, nak bunuh diri so that aku tak payah fikir pasal benda-benda ni semua. Time tu aku dah bayangkan masa depan yang gelap...yang tak nampak apa-apa..punya la murung time tu. Tapi bila mak ayah nasihat macam-macam, benda tu jadi tempat untuk aku melangkah. Aku fikir mak ayah dah tak fikir apa cikgu-cikgu cakap pasal aku, kawan-kawan pandang aku. Semua tu letak tepi. Sedar-sedar dah sampai UKM. Perancangan Allah... Alhamdulillah result SPM bagus, boleh masuk KMPP, lani dah dekat UKM sambung degree. Dengan semangat mak ayah, aku kuat. Alhamdulillah ya Allah.

Lepas cerita tu baru aku sedar yang aku dah lepas satu tembok besar kehidupan aku sebelum melangkah ke alam dewasa. Ada banyak lagi cabaran, banyak lagi jalan. Bunuh diri is not the only answer u'll get. So work your a$$ off. Jangan fragile sangat!!! :))

No comments:

Post a Comment