Monday, 2 May 2016

Xtreme-C Annual Camp

Yay setelah berapa lama terperap (taklah terperap sngt) dekat kolej ni, iolls dapat la juga keluar. Ke mana? Dengan siapa? Buat apa?
Ni ha dengan kelab Xtreme-C, KUO
Okay kitorang pergi ke Sungai Chilling untuk annual camp kelab ni, unfortunately tak ramai yg dapat join sebab ada yg pergi camp utk MEP (sendu)

Camp ni memang chill gila ceh mentang2 dekat sungai chilling. Kitorang ber-camping dua hari satu malam shj. Rate untuk tapak perkhemahan deposit min RM 150 or RM 10 seorang utk kumpulan yg lebih 15 orang. Tujuan dia mestilah utk jaga kebersihan. Oh lupa. Its open only on friday to sunday only. Yg tak berkhemah tu dah boleh mai start from 8am to 6pm. Bayaran masuk RM 1 sorang.

Gigih la bawak makanan banyak, sekali sebelum masuk tapak khemah ada gerai. Fuh air tebu dia memang sedap gila beb!! Rugi tak try. Sg chilling located at Kuala Kubu Baru ni also known as Santuari ikan sg chilling. Daripada UKM perjalanan dia dalam 1 hour to 2 hours macam tu lah. Malam tu hujan weh tapi tak lebat sngt macam masa Hari Interaksi dkt Gunung Angsi haritu..malam tu kitorg sempat main dua game and sing along together. Macam dkt drama teww

Bla bla bla dah hari kedua. Pukul 930 pg kitorang bersiap, nak pergi ke air terjun!! Trek perjalan mengambil masa 30-45 minit. Ada 5 lintasan sebelum sampai ke air terjun. Ramai gila yg nak pergi.
Ni la antara yang gigih merentasi sungai
Yg pergi waterfall ni tak ramai pun. Dalam 30 ahli yg pergi, ada 16-17 macamtu yg join. Sebab dorang kena jaga khemah n memasak hewhew. And nak naik waterfall ni selepas 3pm dah tak boleh sebab takut hujan. Then dah sampai apa lagi? Mandi la beb!!! Sejuk gila, time tu pun dah ramai orang. Yg lelaki ada terjun dari batu yg ada. Yg perempuan? Selfie laaaaa

Lepas sejam dalam ayaq yg sejuk tu kami pun naik semula and jalan balik ke tapak khemah. Dan dan nak balik kaki cramp. Tak pasal kena sepak dgn senior T.T sakit okkkkk tak tipu. Sampai je terus mandi dekat toilet. Eh tak, mandi dekat sungai bawah dulu baru mandi dekat toilet. Dah puas mandi sungai, bersiap utk makan dan balik. Have a great weekend seriously rasa taknak balik. Jom pergi lagi!!!! Anticipated untuk family day pulekkk. Tungguu~~

No comments:

Post a Comment