Saturday, 4 June 2016

Noktah

Pada titik akhir, yang dipanggil noktah, merupakan saat di mana satu ayat berakhir. Sepertimana saat ini di mana, semeseter dua tahun satuku bakal berakhir. Beberapa detik lagi, habis ku jawab helaian kertas peperiksaan, tamatlah sem dua. Aku fikir aku tidak dapat hidup selepas noktah terakhir untuk semester ini.

Pelbagai tugas dan kerja yang membebani. Dinner kolej, majalah kolej, assignment. Onaknya lebih berduri daripada semester satu. Tetapi apabila noktah akhir mendekati, satu persatu tugas sudah selesai, makin tidak mahu aku menamatkannya. Rindu, sedih, kemanisan daripada penat lelah tersebut yang mengajar aku untuk memberi keyakinan diri, memupuk semangat ketua, semangat setiakawan, memberi peluang untuk aku menambah kawan.

Aku berbangga, dan aku rasa senang hati untuk meletakkan noktah untuk menamatkan cerita untuk semester dua ini. Harapnya perenggan yang baru yang akan dilalui mampu memberikan sinar bagiku untuk menempuh dugaan yang lebih besar. Amin

Wednesday, 25 May 2016

Penang

Today (25/5), 2 years back then, was the first day I ever came to Penang as I'm going to continue my study at KMPP. Daftar on 26 but I came earlier, yelah jauh kan. Masa sampai tu memang excited la sebab my family memang jarang bercuti, so bila dapat jalan jauh ni dia lain macam sikit.. until the next day where I have to register and all things aku buat sendiri. Selalunya my mom or dad teman, but no. This time I have to do that alone. Besar sangat rasanya KMPP tu tapi sebenarnya sebab parking jauh sangat. Bla bla bla dah habis register dah dapat bilik semua, dalam tengah hari macam tu, so my family have to go back. Takde benda nak buat dah katanya. Allah je tahu perasaan aku sebab tak pernah berjauhan sejauh itu dengan my family. Even duduk asrama sejengkal je dengan rumah hari-hari balik, apa lagi jauh macam ni... Aku pun follow la dorang balik kereta. Nak nangis tapi air mata tak keluar time tu. Perlahan gila abang bawa kereta sampai aku berjalan saing dengan dorang. Mak taknak lepas tangan at that time, ayah keep advising me. Adik didn't looked at me. Aduhhhh that feeling. Sampai dorang dah hilang dari pandangan baru aku balik bilik. Balik bilik nak nangis, roommate dari Kedah pulak ajak berborak. So tangguh jap nangis. Malam tu masa solat berjemaah, aku tak boleh tahan. Menangis lepas solat maghrib sampai isyak ><

It feels like yesterday I experienced that kind of feeling, tahu-tahu dah dua tahun berlalu. I missed the view from Penang Hill, I missed shopping, I missed everything. That kind of friends, that kind of view, that kind of memories would never turn back even I'm going back to Penang. I don't know when will I moving on from missing Penang and friends there u.u

Tuesday, 24 May 2016

X-C Family Day

Life being tough this recent weeks, my sleeping pattern was ruined. I slept mostly at 5 a.m. doing majalah KUO, and something related to MAC 16 (dinner kolej). Peeeeenat sangat. I always reminding myself, "takpe penat sikit je" even though I know, my body can't take it anymore. And yes! Allah bagi aku peluang for a short getaway dengan my second family here, Kelab Xtreme-C. We're going to PD ahad lepas. It was very exciting!!!! Walaupun muka burn teruk nak mampus. Takes time tau tak daripada off road haritu nak putih, ni senang2 je hitam balik :(

Kitorg pergi naik bas, 2 bas in total. And some of them naik kereta. Sampai je sana terus main game. Game dia "We are ping pong piang" ala-ala main goreng pisang tu. Siapa salah sebut ke gagap ke, kena baling dgn air+tepung. We are doing good, asyik kenakan orang je..memang best la kan. Tapi tetiba, kena dkt kitorang. Nak habis satu baldi dorang baling, and aku simpan dendam dkt org yg baling dkt tudung aku. Rosak tudung ai T.T !!!!! Lepastu dah habis, main game kotak beracun. Kena amik kertas and buat denda tu. Denda yg bebukan je, sama macam time annual camp. Lepastu rehat jap, and aktiviti air!!!!!!! In the afternoon!!!! Dgn matahari tegak atas kepala!!!! Main monyet dgn dodgeball. Dodgeball tu best, tapi my group kalah. Exciting gila sebab time tu semua org exaggerated time main tu. Tak sedaq langsung masing2 dah hitam. Aku naik awal, tolong yg lain bakaq ayam. Tapi aku dok siapkan makan org, aku tak dpt makan :') k takpe. Last tukaq hadiah. Lucky me got bantal!! Thanks aida :*

This is the last activity of Xtreme-C for this year. Lepasni AGM. Depa mmg jaga satu sama lain. Like masa bakaq ayam tu, one of budak laki ni suruh mandi, sebab aku dah hitam. Nanti makin terbakar. Yg perempuan, siapkan makanan utk aku. (Tapi tak sempat makan). Bonding yg baru setahun jagung, dah macam adik beradik!! I love u guys. May next year will fulfilled with happiness and excitement!! Love,pya xoxo



Sesal

Apa perkara yg buat kau menyesal sangat as a student? Procrastination. Ya, yang maksudnya menangguhkan kerja tu. Awal sem, minggu first second tu takdela rasa sangat kesan dia. Sebab time semua student dalam zon selesa which is kerja yg diberi awal sem tapi dok buat relax lagi tak siapkan. "Alah banyak lagi masa" "Alah dia nak kita hantar minggu ke 13 kot" "Presentation ni dia nak minggu last kan" dan macam-macam lagi alasannya. Chill lepastu dan2 kolej ada event, so tangguh lagi minggu tu nak buat discussion. Minggu depannya nak outing pula tengok captain america yg dah tunggu 2 tahun tu. Lepastu tetiba dinner tukar tarikh sama dgn minggu presentation pulak. Ha time tu dah kelam. Macam mana nak buat. Slide tak prepare, video tak siap, apa lagi, semua pakat tak siap *menangis* time tu lah menyesal dia datang bertubi2. "Pasepa tak buat awai" "Pasepa tgk captain america ritu padahal boleh download" dan macam-macam keluhan. Time tu lah discussion, time tu lah presentation, time tu lah nak demam apa semua. Serabut. Menyesal. Carry mark sikit. Final exam tak boleh buat. Bullsht. Menyesal tak guna dah time tu...........k. Macam meludah ke langit. So adik-adik ni #tipsmasukU don't procrastinate your works! Good luck!

Friday, 20 May 2016

Passion

Walaupun aku pemalas, aku seorang yang saaaaangat into works bila aku dah diberikan tugas. Aku akan siapkan dengan bersungguh-sungguh (walaupun aku akan mengeluh sepanjang masa). That's my passion. Macam sekarang aku sangat sibuk, dengan aktiviti kolej, assignment dah tentulah. Nak-nak dah nak hujung sem ni kan. Tapi silap aku, bila dah into sangat dengan aktiviti kolej, aku lupa tentang kelas dan assignment. Tidur 4-5 pagi, lepastu bangun, dah terlajak. Allah...berkat ke tidak ilmu aku dalam kelas, bila dah lambat ke kelas, ataupun terus tak datang kelas.

Ada yang tegur, aku sibuk sangat sehingga tiada masa untuk lepak-lepak ataupun outing. Bila aku bagi alasan ada kerja, mereka akan cakap "asyik ada kerja je, tak habis-habis". Aku tak tahu nak balas apa. Ada masa kita perlukan orang untuk bercerita tentang kerja kita, kerja tak siap lah, kerja orang lain kita buatlah. Tapi aku takut sangat nak bercerita. Kerana aku tahu apa jawapan mereka. "Siapa suruh involved dalam benda ni". Aku sangat terasa bila ada yang memanggil aku "kuli". Bagi aku, bila aku buat kerja di bawah arahan orang, aku bukannya kuli. Aku pelaksaa tugas. It was my passion, my responsibility. Memanglah susah, bila ada kerja orang kita kena buat, dan macam-macam lagi dugaan kerja grouping, tapi aku tak mampu tolak.

Ada satu yang ingin aku katakan - selagi kudrat masih kuat untuk melakukan tugas, laksanakanlah. Ini sebahagian daripada platform untuk kita membina soft skill. Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Bila dah diberi tanggungjawab, kau tak boleh lari. Bila kau tak boleh buat, kau boleh bertanya. Tapi kalau kau malu bertanya? Tepuk dada, tanya selera.

Peluang

Kalau aku ada satu peluang,
Ada satu benda yang aku ingin beritahu,
Aku akan beritahu yang aku sayang,
Aku akan beritahu yang aku rindu.

Andai wujudnya satu peluang,
Aku habiskan masa terluang,
Untuk bersama kamu, sayang.

Aku tahu kau tahu,
Semua yang ingin aku ungkapkan,
Tapi apa yang tidak kau tahu,
Aku tidak punya masa untuk nyatakan.

Masa yang berlalu, aku ditelan.
Aku dikejar dengan kerja yang tak berkesudahan,
Juga tidak punya masa untuk meluahkan perasaan,
Aku tahu, kau pasti terkesan.

Aku ingin tahu jika memang aku punya peluang,
Peluang untuk kau dan aku dipertemukan,
Tidak akan aku berenggang,
Tapi mungkin di syurga sana baru diperkenankan.

Saturday, 14 May 2016

One side work

K selalu kita dengaq one side relationship en ataupun bahasa jawanya cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi ni aku nak cakap pasal one side work yg membawa maksud bila kau ada kerja grouping, ada yg jadi sleeping partner or selalu MIA (missing in action). I experienced this many times like right now also. Bila kau ada banyak lagi unsettled works tapi ahli lain lepas tangan, taknak participate. Dah lah selalu tak turun meeting or latihan, tak bagi cooperation pulak tu. Bila minta tolong tak boleh tolong. Aku ni dah lah jenis tak suka dengar alasan. So benda ni membebankan. Banyak sangat kerja yet so little friends yg tolong. Tak bertanggungjawab on a single thing. Kalau macam ni tak payah la join at the first place. You just make things complicated. Just put my shoes on you, you akan rasa apa yg aku or semua orang rasa. Guys who read this, please aware pasal kerja yang dah diberi. Itu adalah amanah beb. You tak jalankan, you yg susah. Bear in your mind :)

Wednesday, 11 May 2016

Putus

Pernah tak korang rasa putus asa? Putus asa untuk bercinta ke belajar ke kerja ke? Rasa macam taknak hidup lagi dah dengan benda-benda macam tu. Rasa macam dah takda harapan nak bercinta lagi lepas clash, rasa dah taknak belajar nak menganggur je sebab fed up dengan tekanan belajar dan kerja? Mesti semua orang pernah rasa macam tu. Tak putus pun hampir-hampir lah nak putus asa. Kadang-kadang Allah datangkan rasa putus asa tu untuk beritahu, yang kejayaan tu memang betul-betul depan mata kau. Dia mahu menguji betul ke kau nak kejayaan tu. Pernahkan rasa macam time tu lah nak ada masalah bila benda tu dah nak settle? Dia hanya mahu menguji kamu :) Kalau kau gagal sekali pun, masih ada jalan lain dekat dunia ni Dia bagi dekat kau. Tu maknanya bukan rezeki kau. Ada je manusia yang putus cinta dengan manusia, berkali-kali, tapi sebab dia tak pernah putus harapan kepada Allah, dia jumpa cinta sejatinya dan hidup bahagia. Ada yang gagal berkali-kali, tak pernah dapat dean list, repeat or extend sem, tapi dia dapat membangunkan sebuah syarikat yang besar dan berjaya. Ada yang asyik kena tolak je apabila meminta pekerjaan, tapi alhamdulillah, apabila dia ditawarkan bekerja, gajinya lumayan, hidupnya senang. Semua tu sebab dia tidak berputus asa. Susah, balik kepada Dia. Senang, tinggalkan Dia. EH tak..susah senang, perlu balik kepada Dia. Semoga apa yang kau usahakan sekarang, akan tercapai suatu hari nanti. Don't give up *emoji sengih*

Wednesday, 4 May 2016

Carut

Carut. Apa yang kau rasa bila mencarut? Rasa puas? Rasa berdosa? Tidak rasa apa apa? Bagi aku carut ni antara satu cara untuk kau lepaskan kemarahan. Aku dibesarkan dalam kelompok yang ramai lelaki. Jadi aku dah terbiasa. Mendengar, dan mengikut. Susah bila dah terbiasa. Kalau dengan kawan rapat, okay lah kot. Kalau dengan orang lain? Nak pula yang jenis ustazah. Biasa pula tu sebut "doh" "sial" "bongok" "babi" etc. Bila terlepas rasa berdosa. Tapi bila cakap biasa, tidak pula rasa. At the end of the day, baru reflect balik, "apasal banyak sangat mencarut,ok lah esok taknak mencarut" tapi sebab dah biasa. Nak berubah? Boleh. Kawal la marah. Jawapan cliché and memang sepatutnya, istighfar. Tenang la sikit hati. Dok la mencarut dari siang sampai malam sampai hitam hati tu *gulp*

Crush

Awai beno buka blog. Now still 6:51 am. Why tulis blog pepagi ni? Its because i got a dream. Lewls. Mimpi ni mmg aku nak cerita dkt semorang. I got this one senior, back to 2009 when i was in form 1. Being a junior with many handsome seniors ni mmg parok. Sat suka kt dia tu, sat suka dkt dia ni. As what i remember, batch dorg la yg paling matured, yg paling handsome hahaha oh yg senior tadi. Aku suka gila dkt dia. Member semua macam "what,apahal kau suka dia. Ramai lagi doh yg handsome" but for me, no. Weh ni crush aku, yg korg nak sibuk apahal. Ceh padahal baru form 1. Everytime i saw him teroih macam kena athma. Mmg kalau boleh nak elak dpd dia sebab suka sngt T.T dgn member dia yg lain ok je. Tapi kitorg mmg selalu contact la. Even dia duduk hostel pun. Like everyday mmg akan contact. Mungkin dia tahu kot aku suka dia *emoji berfikir*

Tapi dah 6 tahun berlalu lepas kitorg lost contact. He went to Unisza, after finished his STAM. Tak ingat la dua tahun lepas ke bila, aku wish birthday dia thru fb. Dia reply. Tahun lepastu aku wish, dia dah tak reply :( Gosh everytime i saw his FB my heart feel like the first time. I got butterflies!!!!! And pagi ni i dreamt about him :( he said that he late two years to confess to me about his feeling. Idk if its true. Dia la crush aku yg paaaaaaaling lama. Aku rasa aku masih crush on him sebab last before cuti akhir tahun form 1 tu dia nak jumpa aku but aku dah balik :((( antara moment yg aku paaaaaling menyesal in my life. Wish i could turn back time :/ Mungkin dah tak crush dah lepasni sebab mimpi tu. Or mungkin dah tak crush kalau tetiba dia confess dekat aku? And then kitorg terus kahwin...? Mungkin...there's probability :)

Monday, 2 May 2016

Apa dosa besar tu?

Hi, ok creepy kan title blog. Actually idea ni datang tetiba. Teringat kitorang (aku,abang syafeeq,kak ekin,kak wana) main game "kalau" masa on the way pergi sungai chilling haritu. Aku tak sangka dorang se-open tu memandangkan aku je junior dalam kereta tu.
Abang syafeeq, me, kak wana, kak ekin
 So turn abang syafeeq, he asked us,

"apa dosa besar yang korang pernah terfikir nak buat?"

berfikir panjang jugak time tu. takde siapa berani buka mulut. but then aku terus jawab,

"bunuh diri", semua orang gelak... LOL

So aku buka la cerita, sebab game ni kena ada alasan kenapa jawapan dia macamtu.

There's a time masa sekolah menengah. Aku ni agak la nakal sikit, sikiiit je. Sekolah aku pula sekolah agama, and kecil. So apa-apa kesalahan orang boleh judge macam tu sahaja. Aku memang tak lari la daripada buat kesilapan sebab aku antara manusia yang tak sedar diri sekolah agama. Contohnya aku banyak kawan dengan lelaki, aku suka ponteng kelas, nak nak aku ni pengawas. Yela as a student, kalau hang asyik kena kutuk dengan cikgu yang mengajar, hang suka? Hang boleh tahan? Masatu pulak dah form 4,form 5. Masalah member semua... Dugaan gila *emoji nangis* banyak la benda yang aku kena hadapi masa form 5, dengan nak SPM. Satu je aku fikir, nak bunuh diri so that aku tak payah fikir pasal benda-benda ni semua. Time tu aku dah bayangkan masa depan yang gelap...yang tak nampak apa-apa..punya la murung time tu. Tapi bila mak ayah nasihat macam-macam, benda tu jadi tempat untuk aku melangkah. Aku fikir mak ayah dah tak fikir apa cikgu-cikgu cakap pasal aku, kawan-kawan pandang aku. Semua tu letak tepi. Sedar-sedar dah sampai UKM. Perancangan Allah... Alhamdulillah result SPM bagus, boleh masuk KMPP, lani dah dekat UKM sambung degree. Dengan semangat mak ayah, aku kuat. Alhamdulillah ya Allah.

Lepas cerita tu baru aku sedar yang aku dah lepas satu tembok besar kehidupan aku sebelum melangkah ke alam dewasa. Ada banyak lagi cabaran, banyak lagi jalan. Bunuh diri is not the only answer u'll get. So work your a$$ off. Jangan fragile sangat!!! :))

Xtreme-C Annual Camp

Yay setelah berapa lama terperap (taklah terperap sngt) dekat kolej ni, iolls dapat la juga keluar. Ke mana? Dengan siapa? Buat apa?
Ni ha dengan kelab Xtreme-C, KUO
Okay kitorang pergi ke Sungai Chilling untuk annual camp kelab ni, unfortunately tak ramai yg dapat join sebab ada yg pergi camp utk MEP (sendu)

Camp ni memang chill gila ceh mentang2 dekat sungai chilling. Kitorang ber-camping dua hari satu malam shj. Rate untuk tapak perkhemahan deposit min RM 150 or RM 10 seorang utk kumpulan yg lebih 15 orang. Tujuan dia mestilah utk jaga kebersihan. Oh lupa. Its open only on friday to sunday only. Yg tak berkhemah tu dah boleh mai start from 8am to 6pm. Bayaran masuk RM 1 sorang.

Gigih la bawak makanan banyak, sekali sebelum masuk tapak khemah ada gerai. Fuh air tebu dia memang sedap gila beb!! Rugi tak try. Sg chilling located at Kuala Kubu Baru ni also known as Santuari ikan sg chilling. Daripada UKM perjalanan dia dalam 1 hour to 2 hours macam tu lah. Malam tu hujan weh tapi tak lebat sngt macam masa Hari Interaksi dkt Gunung Angsi haritu..malam tu kitorg sempat main dua game and sing along together. Macam dkt drama teww

Bla bla bla dah hari kedua. Pukul 930 pg kitorang bersiap, nak pergi ke air terjun!! Trek perjalan mengambil masa 30-45 minit. Ada 5 lintasan sebelum sampai ke air terjun. Ramai gila yg nak pergi.
Ni la antara yang gigih merentasi sungai
Yg pergi waterfall ni tak ramai pun. Dalam 30 ahli yg pergi, ada 16-17 macamtu yg join. Sebab dorang kena jaga khemah n memasak hewhew. And nak naik waterfall ni selepas 3pm dah tak boleh sebab takut hujan. Then dah sampai apa lagi? Mandi la beb!!! Sejuk gila, time tu pun dah ramai orang. Yg lelaki ada terjun dari batu yg ada. Yg perempuan? Selfie laaaaa

Lepas sejam dalam ayaq yg sejuk tu kami pun naik semula and jalan balik ke tapak khemah. Dan dan nak balik kaki cramp. Tak pasal kena sepak dgn senior T.T sakit okkkkk tak tipu. Sampai je terus mandi dekat toilet. Eh tak, mandi dekat sungai bawah dulu baru mandi dekat toilet. Dah puas mandi sungai, bersiap utk makan dan balik. Have a great weekend seriously rasa taknak balik. Jom pergi lagi!!!! Anticipated untuk family day pulekkk. Tungguu~~

Rove Beetle

padia weh Rove Beetle ni?
Ni dia, tipu lah tak kenal en....




Haaaa ni la dia Rove Beetle or Tomcat or nama kampung dia Charlie. Nama scientific dia is Staphylinidae. Idk how it can be called as Charlie here. Kalau dekat sini (Malaysia), dorang banyak didapati di kawasan sawah padi. Masa study dekat KMPP dulu , eh no no. Before nak pergi study dekat KMPP, tak aware pun pasal benda. Tak silap aku before masuk tu ada several person cerita pasal Charlie and dekat news pun ada, tapi as seorang yang sangat tak suka tengok berita and newspaper, aku tak tahu la pasal benda ni. Dah lama dekat sana, ada kawan-kawan yang kena serangan Charlie ni. Contoh effect dia;
Tudia bakhang. Benda ni kecik ja kot, dalam range 7-8 mm, macam semut tu, kecik tapi merbahaya sebab dalam badan dia ada fluid/toxin called pederin.

Budak-budak kuliah aku ramai yg kena. Dekat mata lah, tangan, badan semua. Pedih weh (depa kata) benda tu. Luckily aku tak pernah kena, tapi pernah tengok benda tu. Memang kecik. Kot masuk dalam baju pun kita tak perasan. Yang aku tengok dorang buat, dorang guna soletape untuk perangkap dia. So bila masuk tandas KMPP tu hang nampak ah merata tempat Charlie tu kena. A way to recognize them is dengan warna merah dekat belakang badan dorang, macam dekat gambar tadi.

Ok sekarang aku nak bagitau precaution tips kalau tetiba dia hinggap dekat badan korang.
  1. Jangan picit dia macam kau selalu picit semut/nyamuk. Gunakan air untuk halau dia or tiup je.
  2. If dia dah hinggap, kau terus basuhd dengan sabun. Cara ini akan mengurangkan kesan daripada fluid dari badan Charlie tersebut.
  3. Kurangkan penggunaan lampu pada waktu malam sebab typically insects suka dengan cahaya.
  4. ALWAYS prepare "soapy water" sebagai first aid and make sure pergi ber-camping, tent tu ditutup selalu.
  5. Kalau dah kena and jadi teruk, pergi jumpa doctor. Nanti dorang bagi cream, InshaAllah okay sikit lepastu.
So beware dekat mana-mana je korang berada okay. Take care
*nak baca/tahu lebih lanjut about this beetles, check out at http://www.health.nsw.gov.au/environment/factsheets/Pages/rove-beetles.aspx

Monday, 25 April 2016

Introvert, Extrovert, and Ambivert

Introvert; Lebih suka berada dalam kumpulan kecil daripada lepak dengan ramai orang.Mereka lebih berfikir sebelum berbicara, lebih suka mendekati kepada risiko (dengan sengaja), dan lebih suka bersendirian. Mereka lebih bertenaga apabila buat fokus kepada sesuatu yang sangat menarik minat mereka. Apabila mereka berada di dalam keadaan yang sangat bising, terlalu sesak dan kuat, mereka selalu rasa tidak senang dan merasa terbeban. Mereka suka kepada tempat yang memberi ketenangan untuk memulihkan tenaga dalaman, dan itu adalah masa yang mereka rasa mereka yang paling kuat. Mereka paling hebat dalam memanfaatkan kekayaan.

Extrovert; Berlawanan dengan introvert, extrovert lebih selesa berkomunikasi dengan kawan mahupun orang asing. Mereka sangat tegas, senang to get along, dan mampu memberi yang terbaik. Mereka lebih baik dalam berfikir atas kepercayaan sendiri; mereka sangat selesa dengan konflik. Jika diberi pilihan, extrovert lebih terangsang dengan persekitaran yang memberi peluang untuk mereka bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Apabila mereka di dalam keadaan yang senyap dan sunyi, mereka cepat merasa bosan dan resah. Mereka lebih suka melibatkan diri dengan persekitaran dan mereka paling hebat dalam memanfaatkan tenaga.

Sumber : http://www.quietrev.com/the-introvert-test/
(Boleh uji anda introvert, extrovert atau ambivert hihu)

Ambivert; Gabungan introvert  dan extrovert:

  • Extrovert; sangat mudah bergaul, tidak boleh berada dalam kesunyian
  • Introvert; tidak suka bergaul, sangat suka berada dalam kesunyian
  • Ambivert; bergantung kepada keadaan
Kelebihan ambivert:
  • Fleksible : Senang menyesuaikan diri dengan persekitaran
  • Stabil : Menurut ahli psikologi Hans Eysenck (1974), ambivert menguasai beberapa sifat hipersensitiviti introvert, dan menguasai beberapa sifat "keras" extrovert.
  • Intuitif : Danial Pink menjelaskan ambivert tahu bila untuk memeriksa, bila untuk bertindak balas, bila untuk bercakap, bila untuk diam, dan bila untuk menahan, bila untuk menolak.
Sumber : http://www.scienceofpeople.com/2014/12/ambivert-extrovert-introvert/

Kualiti ke Kuantiti?

KAWAN

Bila ramai; senang nak ajak keluar. Kalau sorang busy, ada lain yang boleh teman. Kalau nak minta tolong, boleh minta tolong ramai orang. Bila dapat kawan ramai, yang duduk luar daripada tempat kita, kita dapat bertukar adat. Jemu lah kalau orang selangor, asyik kawan dengan orang selangor je. Bila kau ramai kawan daripada lagi 13 negeri, kan best. Boleh ikut dia balik negeri dia, melawat tempat yang takde dekat tempat kau. Tambah ilmu, luas pandangan.
Yang tak best nya, bila dah ramai sangat kawan, ramai pulak hati nak kena jaga. Contoh; kau keluar dengan kelompok ni bercuti ke sana ke mari, kelompok yang lain cakap "asyik dengan dorang je. Dah tak ingat kitorang lah tu" pulak... Bila kau dah janji dengan orang lain dan terpaksa tolak permintaan kawan pun dorang dah tarik muka. Kalau biasa-biasa tu okay la, kalau jenis yang exaggerate punya memang saling block whatsapp lah twitter, facebook, instagram..apa lagi?
Tapi bila dah macam tu, kau dapat satu pengajaran, iaitu; kau boleh ajar diri kau untuk absorb dengan semua perangai kawan-kawan kau yang variety tu. Ada yang hati tisu, kau kena bagi "penjagaan" yang rapi, kena concern lebih. Ada yang hati keras tu, kau kena lebih keras untuk kawal dia. Macam-macam lah perangai. Tapi apa guna hidup kalau tak berkawan?

Bila kurang/tiada kawan; susah nak minta tolong. Tak biasa nak bergaul, and jadi social-awkward. Kau rasa semua kerja dalam hidup ni kau boleh buat sorang ke?? Kalau macam ada group assignment, kau nak jadi sleeping partner ke? Atau kau nak jadi selfish, nak buat sendiri taknak datang discussion. Puncanya sebab kau tak biasa bergaul. Bila ada masalah, tak tahu nak contact siapa? Pemalu isn't an excuse. Memang malu sebahagian daripada iman, tapi kena ingat; "malu bertanya, sesat jalan"
Yang bagusnya bila kurang, or takde kawan ni, tak payah susah-susah nak jaga hati siapa? Tak payah fikir pasal masalah orang. Fikir masalah sendiri je. Banyak masa untuk diri sendiri. Boleh tengok movie, spent time for yourself, siapkan kerja, jimat duit (eh). Lagi satu kau boleh berdikari. Belajar sesuatu dengan diri sendiri. Tak lah asyik menyusahkan orang sebab minta tolong daripada dia (kot) sebab sometimes ada orang tak suka bila orang lain minta tolong dengan dia. And bila tak ramai kawan ni, hang boleh share macam-macam dengan dia, dengan syarat kena cari yang loyal and trusted (wah macam brand pulak). Makin besar, makin busy. Bila nak kumpul ramai-ramai ni susahkan. Tapi kalau sikit je orang senang nak berkumpul. And kau dapat kenal dorang lebih dalam; macam mungkin dia ada abang untuk dijadikan bakal zauj kau ke? (opssssss)

Kuantiti atau Kualiti; kau pilih yang mana? Yang banyak-dan-menyusahkan-tapi-tak-forever-alone atau yang sikit-forever-alone-tapi-menyenangkan? Berhati-hati in choosing friends. Sebab bukan semua kawan kau adalah kawan. Kadang-kadang kawan kau tu senang-senang boleh tikam kau dari depan. Tapi ada juga yang selalu doakan kau dalam diam. Kita tak tahu. Manusia ni unpredictable. Susah nak faham. So bila berkawan, jangan benci sangat, jangan rapat sangat. Sebab mungkin yang kau benci, adalah yang terbaik dan selalu ada untuk kau pada masa hadapan, and yang rapat might be the one who betrayed u :)


Saturday, 23 April 2016

UJIAN

U - Ujian yang kau dapat sebenarnya untuk Allah berikan pahala secara percuma. Apabila kau didatangi dengan kesakitan, Allah mengurangkan dosa kau. Apabila kau kehilangan orang yang kau sayang, Allah nak bagi pahala melalui kesabaran kau.

J - Jadi janganlah kau mengeluh sekiranya didatangkan dengan ujian, berat macam mana sekalipun, itu tanda Allah sayang kau. Janji Allah itu pasti, Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Apabila Dia berkata "kun fayakun", maka jadilah. Dan ujian itu bukan untuk main-main, tapi peluang untuk kau meningkatkan keimanan di jiwa.

I - Ingatlah. Allah memberi ujian kepada hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya mampu untuk menanggung. Bukan untuk membebankan tetapi sebenarnya meringankan kau pada masa hadapan. Sekiranya pada masa hadapan, kau hadapi seorang kawan yang sangat tidak setia, di mana kau telah melaluinya pada masa lepas, maka kau akan lebih tenang dalam menangani masalah tersebut. Allah memberikan pengajaran untuk masa depan kau.

A - Alhamdulillah, bersyukur sekiranya kau masih diberi ujian. Lebih besar ujian, lebih banyak kasih sayang Allah limpahkan. Dia bukan meninggalkanmu, malahan dia lebih mendekatikum. Kerana ketika didatangi ujian, ramai yang berpusu mencari-Nya. Allah memberi ujian kerana Dia rindu doa dan rintihan hamba-Nya.

N - Nanti, selepas kau melepasi ujian yang diberikan, kau akan lebih kuat. Dengan adanya redha Allah.  Nanti selepas didatangi ujian, dan kau dapat mengatasinya, jangan kau lupa pada-Nya. Lebihkan masa bersama-Nya. Doamu didengari-Nya, rintihamu diiringi oleh malaikat untuk berjumpa dengan-Nya. Bersyukurlah..Allah masih sayang

Sunday, 17 April 2016

Social Work II

Dah ada I mesti la ada II nya kan? muehehehe Hi again. So this story is after 2 years lepas social work yg first tu. Baru je buat semalam (16/4/16). Masa meeting untuk buat benda ni terus ter-flash back yang first punya. Adakah ianya serumit itu? For this time we go to Seksyen 7, Bangi. Rumah-rumah dekat sana besar-besar bak hang. Sebelum tekan loceng kitorang explore dulu design rumah dorang ><

Kitorang start at 9.30 am. Tekan loceng dari rumah ke rumah, pintu buka, TV buka tapi tak menjengah pun keluar.. K sabar lagi, baru start engine. Hampeh...sederet tu idok ade yang menyahut...nak give up dah time tu, tapi this very one house kebetulan dia ada dekat luar, macam tengah bersiap nak keluar. Tapi kitorang try jugak.

"Assalamualaikum"
"Ye ye waalaikumussalam, meh masuk dekat luar tu panas"

lol, dalam hati macam, eh benor ke tuan ghumah ni. Kenal ke? Lepastu kitorang cakap la macam tu macam ni..terus dia bawak kami masuk n suruh split. Dua orang ke depan, tiga lagi ke belakang. Bersihkan itu ini, dia bagi arahan la. Kitorang pun patuh je. Berapa minit lepastu dia kata dia nak keluar. Weh bayangkan kitorang dah la first time datang, tak kenal pulak tu tetiba dia nak tinggalkan rumah dia macam tu je. Anak dia pula taknak ikut, katanya sebab ada kitorang. Lepastu dia keluar je....zzz pelik seh.

Lepas sejam macam tu kitorang settle kerja, dorang pun balik...lepastu lepak-lepak jap dengan abang tu (idk what to call him, abang nampak mcm muda sngt, pakcik macam tua sngt). Dia orang kelantan, relax je KAU,AKU lepastu cerita macam-macam benda and suddenly...

"Aku nak lepasni dah habis belajar, nak kerja, ingat balik apa yang korang buat sekarang. Jangan lupa, ni semua kenangan untuk korang. Aku dah rasa benda ni, sebab tu aku percaya dekat korang. Orang-orang dekat sini minded dorang tinggi sangat. Dorang tak layan benda macam ni. Mungkin dorang tak pernah lalui, mungkin dorang pernah lalui tapi dah taknak ingat benda tu. Jadinya nanti kalau dah berjaya, ingat balik semua ni"

*angin bertiup*

Masa nak blah dia siap bagi no phone sebab sebelum tu dia ada bagi cadangan macam mana kitorang nak dapatkan dana ni. Alhamdulillah, gladly we found him. Dia banyak bg kata-kata semangat. Ter-motivated sngt. Thanks abang hazman. We surely remember your advices :)

Social Work I

hi alls! Iolls hampir terlupa nak sambung blog ni tau...nasib baik teringat. Ok for this time aku nak share pasal social work. Social work tu gapo? Social work is kerja kebajikan...tapi yg pernah aku buat kerja yg ada upah sebab this is for fund purpose. Seingat aku, aku pernah buat social work ni 4 kali. Dua kali tu aku buat kerja dekat zoo tanpa bayaran, and dua lagi aku buat dengan mendapat bayaran. Em rasa macam bersalah la jugak nak buat kerja kebajikan tapi ada fulus..hehehe~

Social work yang aku buat first time is dekat Kuala Kangsar. Time tu aku dekat KMPP ada program dengan BTN Perak. Kitorang ada satu group lepastu split 2. Satu team buat mission, satu team kena buat social work untuk dapatkan duit. Aku tergolong dalam team kena buat social work tu. Ingatkan senang, sebab pusing kuala tu nampak macam besar, mesti la ada kedai-kedai yg perlukan pertolongan kitorang ke apa kan. TAPI mashaAllah...susah sangat. sangat sangat susah rasa nak menangis sebab masa tak banyak lepastu penat berlari sana-sana. Group social work split lagi into 3 groups. Aku time tu dengan Aka. this girl ah so cute kecik molek, so kau rasa boleh ke nak biar dia penat? Dia pulak classmate aku. Lagi la aku kesian dengan dia. About 2 hours jugak merayau, lastly kitorang dapat dekat this one bakery ni. Dokek yo dengan bus stop tempat kitorang start tadi -.- the perk dapat kerja tu ya Allah rasa macam bersyukur gila. So we talk to this aunty apa yg kitorang boleh buat and dia suruh kemas tu ini. Kitorang ok je la sebab makcik tu sorang2 lepastu dia punya dapur messy gila...sambil tu kitorang borak la jugak dengan makcik tu. Kesian la kan sebab dia pepagi subuh kena bangun, nak siapkan kek nak kemas dapur lagi. Malam pula balik lewat, sorang pulak tu. Demi mencari sesuap nasi..by the time aku rasa macam tersentak gila. I call my mom lepas dah siap kerja semua tu tapi tak dapat...and I miss her and my dad so much..

Dalam sejam lebih camtu kerja kitorang settle. And masa pun dah nak habis so we make it ok!! I tak ingat dia bagi berapa. Dalam RM 20-30 kot dia bagi. Bersyukur dapat juga. Nak minta banyak pun buat apa. Dia lagi penat daripada kitorang. Lepas siap kerja, salam pe semua kitorang cari surau solat. Masa nak pergi surau nampak kawan-kawan ada lagi yang bertungkus lumus kerja. Ada kerja dekat restoran, dekat kedai baju. Work hard gila. And these beautiful memories will never fade away.

So apa yang aku dapat for this very first time of me doing the social work is....it's never easy to find money. Aku teringat how my parents work to give us money and sometimes or every time we carelessly use the money, membazir. I actually burst into tears masa solat reminiscing how hard they work. Emosi gila kot...even kitorang tak dapat duit banyak, but we still grateful. Benda ni menguatkan lagi persahabatan, kerjasama.. Fuh cliche banget nih. I enjoy this moment, and I'll never forget about it :)

Friday, 15 April 2016

Cuti

Hm T.T cuti macam tak cuti je. Patutnya balik ahad tapi kena balik awal....ada perkampungan MAC 16. Ayyy taknak balik UKM :( boleh je nak balik awal tapi mak ayah tak hantar sampai sana. Balik sorang pulak tu T.T memang suram jumaat aku harini........dia punya taknak balik tu mcm budak tadika taknak pegi sekolah. Tapi takpela kot. Nanti balik. I'm so sure kali ni punya balik bnyk kali balik kot....aku peduli apa....cuti ni pun bnyk tgk cerita korea yg dah berzaman record tapi tak sempat nak tgk. Lepastu banyak makan je. Bila lg nak bnyk makan kalau tak dekat rumah en? Cuti ni macam biasa la. Ingat boleh study..hampeh. Idok pun. Sentuh pun tak. Mampu tengok je. Kalau dkt UKM boleh la kot study em k. Skrg ni tgh tggu ayah sebab nak gerak pi KTM dah. Eeee sumpah nak nangis tapi depan mak ayah pulak. Kay ketemu di next blog ya

Saturday, 9 April 2016

Treatment?

Ni sambungan daripada title tadi hehehe kk kita start. Kalau kecewa apa korang buat? The first among all izzzzzz makan right? Foods memang the best treatment >< ada dekat tuider UKMtwt penah bincang pasai apa yg hg nak buat dekat kawan yg kecewa,frust. And about 98% answer "bawak pergi makan". Tapi selain dpd makan apa lagi ek treatment for those yg kecewa? Yelah yelah, luangkan masa dgn Allah also the main treatment. Other than that? Kalau aku...aku suka sngt dengar lagu. Ada masa aku frust, aku dengaq lagu kuat2. Tak menyanyi sekali, tapi nangis. Ha frust sngt la tu. Lebih dpd frust menonggeng. Ha and aku akan menangis. Menangis la puas2, cakap dgn orang pun boleh menangis. Sampai dah macam tak boleh nangis baru berhenti. Tengok la running man ke MLM ke sepahtu reunion, pun nangis kalau tak habis menangis. Lepastu aku make a time for myself where actually I'm avoiding everyone. Kalau senyap je tu ha bukan berak,tapi tgh frust. Daripada cakap dgn orang nt marah / nangis, baik diam kan. Last bila dah ok sikit, baru la nak bercerita dekat orang. Time ni dalam phase "agak boleh terima kenyataan" so takde la nak nangis sangat kan. The best remedy goes to EAT. Sehari boleh habis RM50 kalau frust. Tu nak makan,ni nak makan. Literally me.....then menyesal duit habis sebab makan je T.T manage ur emotions wisely. Different people, different ways kan? Apa-apa pun jangan la sampai nak suicide, tak cium bau sorga nanti kayyyy :)

Kecewa...

Fuh tak boleh move on daripada vibe yg negative time nak tulis blog ni. Kecewa yg paling kecewa is bila kau betul-betul berharap on certain thing tapi bila dah halfway, harapan kau musnah macam tu je. Lagi-lagi bila orang bagi harapan dekat kau. Bila harapan besar, bila tak jadi, sakit dia pun jadi besar la. Sampai nangis tiga hari tiga malam bila teringat. Lama jugak la kot nak sembuh, lagi bila orang duk cakap pasal benda tu. Luckily hidup kau dipenuhi dengan kawan kawan yg sangat supportive. Dorang tak support dari segi yg pujuk time nangis je, tapi dorang buka mata kau dekat jalan lain, jalan yg lagi besar. At the end of the day, kau pun redha and pasrah je dengan apa yg jadi. Sebab? Bukan rezeki kau. Nak buat macam mana? Alhamdulillah. Bila dah redha, dah habis mengadu dekat Allah, Allah bagi satu nikmat kepuasan yang tak pernah kau rasa. Everyday it will be better. So guys, if u ever feel down on certain thing, turn back to Allah. He knows the best for you. :)
"Kalau stress sangat pergi makan" - Q,2016
"Bahu tak cukup besar nak bagi dekat kau" - Z,2016
"Dah lama nanti kamu rasa la benda tu macam sampah je" -A & P,2016

Friday, 8 April 2016

Air

Hi? :)) cuba teka why tema kita is ayaq? Yes, bingo. Sebab ukm takdak ayaq lani. Since now I am home, so aku taktau la keadaan air dekat ukm macam mana? Sebelum aku balik semalam KUO still ada air. KUO tu blok aku je kot yg okay. Blok flatlet semua aku rasa takde air. Alhamdulillah syukur sebab air ada masa aku dekat sana. Jangan la balik nanti takde air pula. Dah la kena balik kolej awal :( Kolej lain memasing takde air. First yg kena KKM kot. Member aku balik awal hari isnin balik sebab takde air. Hari selasa, malam, tetiba dapat ws dpd qila. Dia cakap nak tidur KUO. She's not the one yg suka bergurau. If she said so, then she'll do it. Tetiba dah terpacul depan pintu. Dua hari dia tidoq KUO. Aku dapat info air ni akan terputus dalam 2 weeks..so inshaAllah, bukak cuti ni adalah air. Kalau tak, tambah lagi cuti seminggu. Tapi cuti sendiri :p

Saturday, 2 April 2016

Homesick

Cliche betul tajuk. Nak balik dah pun minggu depan still homesick lagi ke?? Ye dohh aku dah nak sebulan tak balik even rumah dekat sini ja. Orang SG pun dua minggu sekali balik T.T so tak sah la andaian yg kata belajar dekat boleh selalu balik rumah. No beb. Satu, fikir komitmen kat kolej or fakulti. Ada program,aktiviti yg kena join. Dua, ada assignment. Dekat rumah boleh ke hg buat? Kalau aku, tak boleh. Mmg kena dok sini. Cukup la asyik distracted dgn phone and cable yg laju, kalau dkt rumah dgn cerita korea nya lgi, movie nya lagi zzzzz. Tiga, fikir juga pasal tambang nak balik. Aku selalu balik rumah naik tren. Tren dah la mahai benor tambangnya. Ye mmg ada kad student tu. Tapi belum berkesempatan nak buat. So selagi tak buat, selagi tu aku fikir 10x sebelum nak balik.

Kadang-kadang homesick ni bukan kita je rindu mak ayah, mak ayah pun rindu kita. Kita tak balik dua minggu dah seisi rumah termasuk nenek tanya "bila nak balik". Kalau nak mengadu dekat mak tu, fikir dua kali. Nanti mak pujuk jugak suruh balik tapi kita mmg tak boleh balik. Acah2 kuat la kan boleh je sebulan tak balik tapi deep inside, Allah je tahu. Bila dengar member balik, aku macam jealous gila T.T tapi mungkin doa aku sem lepas termakbul which is aku cakap " taknak balik selalu sem depan" lol cakap tu satu doa so beware dgn percakapan kau *tibahhhh*

Banyak assignment menanti sebelum balik minggu depan. Nak study utk mid term lagi ouch banyak sngt main tak ingat langsung nak study. Doakan la supaya segala urusanku dipermudahkan. Aamiin :)

Zoolunteer 3.0

Hi guysss! I'm back again. Baru je bangun daripada tidur yang lena (tak lah lena sangat). Actually baru je balik dari Zoo Taiping malam tadi. Pukul 3 pagi baru sampai kolej. Penat dia bukan main. So apa yang kitorang buat dekat sini? Sebelum tuuu, this program is actually conducted by Kelab Ekonomi FEP and this is their third time.

Aku pernah join this kind of activity masa dekat sekolah menengah, pergi buat kerja sukarelawan di Zoo Negara and it started awal pagi la. Subuh kitorang dah gerak ke sana. Yang ni pukul 9.30 am baru bertolak ke Perak. So sampai sana dalam pukul 3 lebih macam tu. Even orang yg jaga sana pun cakap "sebenarnya saya terkejut ada komuniti yang nak buat kerja sukarelawan ni. Patutnya buat pagi so kamu boleh ikut staff lain yg on duty. Sekarang dah petang and nothing much u can do" kitorang pun ye kan je lah. Sebab nya dorang nak buat night safari. That's why la gerak lambat katanya. Ada juga la kerja yg kitorang boleh buat.


Ok guys acah acah sikit buat kerja


So lepas buat kerja dah penat semua, kitorang cuci mata tengok "kawan-kawan". Dah lama tak pi zoo so macam batak sikit la tgk dorang.Tapi banyak haiwan tengah tidur, mungkin sebab panas sangat atau mungkin memang waktu tidur depa
Nampak tak anak gajah dalam air tu?

Sekelip mata dia hilang tak timbul timbul
Singa dekat atas batu taknak bangun pun, tidur je :(




Malam tu kitorang singgah Dataran Ipoh. Gerai tepi jalan izzzzz ma feveret!!! Ada banyak gerai and ramai gila orang. Kitorang pun lapaq, so duduk ja la kat mana2. Lupa nak snap gambaq nak bagi hmpa terliuq tgk kami makan char kue teow & nasi goreng udang

Tamat la perjalanan kami bila dah sampai UKM. Back to reality katanya. Even tak banyak aktiviti kitorang buat but still boleh relax kan otak asyik terperap je dekat bilik. Jumpa lagi di  Zoolunteer 4.0! Btw thanks to Kelab Ekonomi FEP for having us! Xo


Tuesday, 29 March 2016

Buah Manggis

Hi!!!! Okay tajuk this week takdelah macam sendu sangat sebab it's about BUAH MANGGIS. Gigih tau tak berebut nak buah apa... Kenapa aku pilih buah ni sebab this is one of my favorite buah in the world. Buah bermusim yang susah nak cari ni memang aku suka. Sebab nikmat dia bila dapat tu pehhh Allah je tahu. Last aku makin buah manggis masa dekat KMPP, so about setahun lepas la. Masatu roommate bawak daripada Kedah, dia bawak satu plastik besar tu, bayangkan. Kitorang empat orang habiskan dalam satu malam je. Punya la favorite buah manggis ni. Makan je la tahu kan? Tapi actually korang tahu tak apa yang paling berkhasiat dekat buah ni? Yaaaaa, kulitnya dan bijinya. Aku pun baru tahu sebab ada baca dekat blog sorang ni dia cerita pasal khasiatnya. Nak tahu? Okay okay cerita dia macam ni...

Secara tradisi kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah. Di Thailand pula, dorang buat kulit manggis ni sebagai produk kecantikan seperti syampu dan sabun bagi mengelakkan penyakit kulit.

Sumber : http://anizyn.blogspot.my/2011/02/khasiat-buah-manggis.html

“Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis.” – David Fairchild , PhD., penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.
 
Hmm bukannya sedap je kan, malah memberi banyak khasiat. Tapi tu lah, susah sikit nak dapat buah manggis. Kalau musim dia, berlambak dijual dekat kedai ke, supermarket, pasar, tepi jalan pun beratur orang jual. Sambil-sambil makan tu boleh la kot tahu khasiat buah ni. Bukan main makan je :P
 
Sedapnya weh. Lagi kalau dapat hat panas ni. And untuk tahu berapa banyak ada dalam ni tengok kelopak dia yang warna hijau nah
 

Sunday, 27 March 2016

OFF-ROAD 30 KM

Haaaaa baru lepas habis baca pasal color run ke tewww? Ke baca post ni dulu? Kalau jumpa post ni cari HAKERA punya dulu. Baru feel gittew. Ok now I'm going to tell u guys pasal off-road ni. Tau tak mende? It's a cycling activities tapi yang extreme punya. Masuk dalam hutan semua. Blerghhh penat doh. Ni yang kedua penat lepas naik Broga, I swear. It's actually anjuran Kelab Xtreme-C dari KUO. Nama pun extreme kan, aktiviti dia memang lasak ah. Before this ada satu aktivit hiking kitorang nak buat tapi tak jadi due to the weather. 30 km kau gila?? Dengan basikal dia yang macam buruk tu, tapi we made it ok!!! (even antara orang paling last sampai) Penat dia sampai tak boleh nak bercakap. Takmo join lagi lepasni :P



Stretching bagi panas badan ikot camna hmpa nak. Tapi sama ja lepaih kayuh kaki bengkak-bengkak cramp pa smua hahahaha



Ni team LAKERS dari Bandar Tasik Kesuma. Abang-abang (or should I call them pakciks) ni la yang guide kitorang yang bagi semangat semua. Depa memang power (yela sebab basikal pun power hmmmmmm). Walaupun dah berumur tapi depa yang paling semangat. Tabik!!!! And to be inform that KUO dah berkerjasama dengan dorang sebanyak 3 kali and now KUO dah jadi keluarga angkat depa. So after this inshaAllah kita boleh ber-off road lagi sekali (padahal tak rela)

Mandi-manda dekat jeram kedah. Jauh seh cycling sampai kedah. Kau ada??? Ayaq dia dasat sejuk bak hanggg tapi tak dapat mandi sebab takde baju. Lelaki relax ja berendam pa semua. Hmmm pastu bila nak start balik semua kebaih pungkoq. padan muka.



Lepas banyak rintangan kami lalui Alhamdulillah selamat sampai. Kalau tak selamat siapa pula yang tulis blog ni yedak? Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Johan, ADUN Semenyih. Meletop satu dewan bila dia letupkan benda tu ceh takdela tipu je tak jerit pun.

So macam biasalah paling cliche is the kesimpulan kan? Masa cycling ni aku dengan a few girls kitorang last la. Ada la jugak boys. Stamina lagi rendah daripada lutut katakan. At that time, even air tak banyak but still dorang akan hulur and share sesama. Ada sorang senior ni siap bagi gula-gula bior tak penat sangat. Bonding kelab Xtreme-C memang kuat, gua salute. And after this activity makin kuat inshaAllah ukhuwah ni (ha kau tetiba usrah). I hope that this kind of activity boleh diteruskan lagi (tapi pendekkan sikit la perjalanan dia). Walaupun hitam, atau makin tepatnya rentung, I enjoy thiss!!!! Alhamdulillah. Thanks Lakers, thanks xtreme-c :)

HAKERA HAUNTED COLOR RUN

Waddup!! Last blog aku ada mention pasal HAKERA zombie run kan. So ni aku nak cerita pasal pengalaman aku first time join aktiviti macamni. Mula-mula aku main letak je nama, lepastu baru tahu yang HAKERA (KDO punya carnival) buat sama tarikh dengan KGV (KUO punya carnival). Mula-mula macam nak tarik diri tapi fikir balik bukan aku join apa-apa pun KGV hari tu. Aku pon join je la dengan ajakan member KAB.

Pagi-pagi pukul 6.30 am dorang dah tunggu depan kolej sebab nak ambil aku. Lepastu terus make-up. Idok le banyak perubahan sebab muka memang macam hantu *emoji pasrah* Lepastu dalam pukul 7 lebih camtu kitorang "dilepaskan".
My squad

Aku dengan member aku, Hafsah, kitorang stay dekat second check point. Dah la ramai gila orang lalu, bas kereta masing-masing berhenti and cakap "Mana ada hantu siang-siang dik" kitorang mampu gelak je. Macam blur gak la memula macam mana nak berlakon jadi hantu. Last-last kitorang main color-color tu sekali
(Jap zombie nak check in dekat Swarmapp)


 Yang ni kelakar, dorang boleh tanya "Ni hantu ke jodoh" Oh my God, dorang tak tengok muka sebenar kot tu yang boleh kata gitu.



(Semangat gila dia minta kita color-kan dia)


(Adik kecil ni pun boleh tamatkan 7km running. Aku naik balik bilik pun semput)

(Zombie ni pun tak reti nak sorok double chin masing-masing)


At the end of the day, aku realize. Even zombie pun orang suka so tak payah la rasa insecure sangat cehhhh tak lah. Aku realize that we can meet variety people kalau kita join some activities. To be honest, ramai je aku tak kenal. Macam AJK HAKERA, budak-budak KDO, budak-budak kolej lain pun. Even selalu nampak kat fac tak pernah bertegur. Tapi starting from these kind of activities, kita boleh make new friends. I'm glad to be a part of this program. Thank you HAKERA for having us!!

Friday, 25 March 2016

LEMAU

Hi guys.......ok sebab tajuk lemau, cara baca pun kena lemau sikit. Minggu ni boleh kata minggu paling lemau sekalian alam. Last week, hari sabtu aku join zombie run hakera. Ahad join zombie run KGV. Malamnya kena jadi photographer ambil gambar majlis penutupan KGV. Penat dia lain macam tau..dah la terkehel masa ambil gambar T.T esoknya isnin dah rasa macam tak sihat. Monday blues tahap 101%. Ingatkan hari selasa masuk kelas Sir macam energized la sikit tapi...blerghhhh. Bukan sebab sir, tapi ada la masalah dia. So disebabkan itu la minggu ni jadi minggu paling lemau...malam asyik meeting je sebab nak prepare untuk MAC16 (dinner KUO). Baru minggu kelima tapi lemau dia. Tak tahu la kenapa rasa macam sem 2 ni lemaaaauu sangat. Esok ada offroad..kelab Xtreme-C yang anjurkan. So aku tertanya-tanya, how it will be? Menarik ke tidak? Nak tahu? Tunggu my next post!! :) I hope next week takde la lemau gila cam minggu ni......mungkin sir boleh kot bagi topic yg positive sikit supaya boost energy saya :) adios!

Tuesday, 15 March 2016

Tattoo Henna?

HI! So I'm here again to write about henna. Apa benda doh henna? Henna is lukisan menggunakan inai dekat your tangan or kaki or both. Basically people guna inai-inai ni for wedding kan. But nowadays dorang dah wide kan business dorang, buat henna untuk tunang or event or suka-suka. Ok aku one of them yang pakai henna untuk suka-suka tu. I'm so obsessed dengan henna ni. Kalau ada henna and time tu tangan aku kosong, memang aku tadah je.

Orang selalu tersalah anggap, tattoos and henna. Yelah because lukis-lukis dengan tangan tu kan.
    "Dari sudut sains, tatu adalah proses di mana pigmen warna dicacah ke dalam lapisan kulit yang
     dalam dipanggil dermis. Lapisan di atas dermis iaitu epidermis adalah lapisan yang sering
     berganti-ganti, tetapi lapisan dermis adalah lebih tetap."Dr. Azwan.
Selebihnya you guys boleh baca dekat http://drazwan.blogspot.my/2008/06/tatu-tattoo-masalah-dan-perawatannya.html ye :) Senang cerita tattoos ni mengubah ciptaan Allah, that's why harom. Tapi henna macam mana pula? Bukan ke mengubah jugak dengan melukis pelbagai bentuk dekat tangan? Jawapan dia :
"Ada seorang wanita menjulurkan tangannya dibalik tabir, menyerahkan sebuah surat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menahan tangan beliau sendiri (tidak mengambil suratnya). Hingga wanita itu bertanya,
”Ya Rasulullah, aku ulurkan tanganku untuk menyerahkan surat, mengapa anda tidak mengambilnya.”
Lalu beliau mengatakan, ”Sungguh aku tidak tahu, apakah ini tangan wanita ataukah laki-laki.”
”Ini tangan wanita.” jawab orang itu.
Lalu beliau bersabda,
لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ بِالْحِنَّاءِ
”Jika kamu seorang wanita, seharusnya kamu ubah kukumu dengan hena.” (HR. Nasai 5089, Abu Daud 4166 dan dihasankan al-Albani)"

Wallahua'lam. Henna dikatakan sebagai satu perhiasan untuk wanita dan aku ada juga terbaca kalau dia pakai inai yang dilukis bunga atau corak-corak tu okay je, but not bila u lukis look alike tattoos punya design. Aku jealous sebenarnya denga orang pandai lukis henna ni. Talented gila. Kawan aku ada buat henna, and dia cakap it takes time untuk dia beranikan diri untuk buat business ni sebab cuak kot. Nak lukis buka atas kertas, kalau silap boleh renyuk and buang. Ni kekal for a while kat tangan orang. Benda ni nampak senang that's why boleh kata "ala lukis je kot apahal mahal sangat?" try tengok buat dekat orang lain, senang ke susah baru kau tahu (eh emosi pula). For all henna lover, u guys boleh la try service hennabynara and mad.about.henna (cari dekat instagram). Aku pernah buat dengan dorang and i'm very satisfied ok! So that's all, adios!

PASRAH

Hi guys! This week sir bagi pilihan nak tajuk "Lemau" or "Pasrah", so I'm decided to choose this title. Pasrah tau tak pasrah tu apa? Bagi aku pasrah tu bila kau dah tak ada pilihan lain, and that's the one and only choice u had, then u kena juga take it or else u tak ada apa-apa. Masa tu mulalah nak menyesal, kenapa dulu tak buat betul-betul, or kenapa dulu tak ambil awal-awal...depends on situation. And dalam hidup ni mestilah ada things yang buat kau rasa nak pasrah gila, malas gila nak argue and macam tak nampak jalan lain.

Aku pernah alami satu situation ni, situation di mana aku terpaksa pasrah dengan ketentuan Allah yang aku kena masuk matrik after tak dapat upu lepas SPM. Aku rasa hebat juga la untuk my SPM, and I thought boleh dapat UPU, yakin-yakin pilih TESL for the first choice. Sekaliiiiiii tak dapat. And I'm crying all the day, menyesal and sangat-sangat tak boleh terima kenyataan. Not that aku kata matriks tu tak bagus, tapi sebab aku pernah cakapkan cerita aku dimomokkan dengan ayat "matriks tough, tak sesuai dengan kau" and others. Dah la dekat Penang, jauh bapak kot nak ke sana. Lama juga la ambil masa nak terima kenyataan. Time tu aku kerja sebab lepas SPM. The whole week, like one or two weeks kot aku tak banyak bercakap. Then ummi (the owner of the taska tempat aku kerja) asked me, why? Aku cerita la semuanya. One day dia panggil aku jumpa dia. Aku tanya la kenapa. Then dia bagi syarahan about the benefit kalau aku masuk matrik. Last sekali, dia nasihat "solat dhuha kalau ada waktu free. Minta Allah buka pintu rezeki. Doa supaya kalau kamu buat rayuan untuk masuk IPTA dapat dimakbulkan (cuz that time dia suruh buat rayuan kalau taknak sangat masuk matrik). " But at that time, terus aku terdetik "kenapa aku tak nak masuk matrik". Dah lama-lama aku pun redha, pasrah, segala adik-beradik dia lah. Aku terus cakap dengan mak aku, and mak aku pun tak recommend aku untuk buat rayuan. Sambung je dengan peluang yang ada. Yela, why not kan. Jalan pintas kot. Even tak diiktiraf pun sijil matrikulasi untuk kerja, but u terus je la sambung degree. So aku ikut kata hati. Dah pasrah, redha, and yakin dengan keputusan yang aku buat, aku click dekat "sah" untuk matrikulasi. Alhamdulillah, I dapat go thru one year at there, and tak menyesal pilih matriks.

SO apa yang aku dapat daripada benda macam ni is bila kau dah redha dan pasrah dengan apa yang kau dah lakukan, kau senang je nak lalui semua tu. Babe, dude, no matter what, u dah usaha and u can't turn back. Takdir tu memang boleh diubah TAPI dengan usaha, doa and last sekali apa? Tawakkal. Means u dah pasrah, u serahkan semua kepada-Nya. InshaAllah, semoga bermanfaat :)

Tuesday, 8 March 2016

Bake-queen

hehehehehe takde la queen sangat. ops Hi guys :) Tadi cerita pasal cooking, ni cerita pasal baking pula. aku tak tahu la since when aku minat nak baking since mak aku pun memang tak pro bab baking ni. kalau kembar mak aku (makcik aku) ye la, dia memang pandai baking. tapi mak aku tak pernah ajak aku baking. so I decided to bake ni time tengah scroll FB. berlambak resepi kek, cookies. kau nak apa, non-bake cake, kek kukus, kek bakar semua ada babe. aku pun insist la nak try baking ni. aku ingat yang aku buat time form 4 ke 5, aku buat kek batik. tu first try aku. memang...peh *emoji thumbs up* lepastu aku lama tak baking since aku masuk matrik and jarang balik. lepas habis matrik la yang beriya nak baking. cheesekut la, nutella cookies la. nak nak aku baru dapat kakak ipar time tu, dia pula gila baking. kalau dia balik rumah mak, kerja kitorang kat dapur je la. raya tahun lepas first time aku buat kuih sendiri. selain daripada mom's biskut mazola and biskut makmur, aku buat cornflakes madu, chocolate chip, and macam-macam lagi. memang biskut yang simple je aku buat, tapi benda tu meaningful untuk family especially untuk mak aku, sebab anak dia pandai baking and semua orang suka biskut yang aku buat. U know kan, compliments dari family, kawan-kawan, memang build confidence. Mak aku pesan "kalau nak masak, confident. jangan takut orang tak suka masakan kita. kita boleh perbaiki lagi" (ceh cliche sangat kan). My current favorite is Chocolate Brownies. Ramai yang cakap boleh jual :P doakan la k :)
So ni aku nak bagi korang in case yg nak buat simple brownies kan

Simple je. lepastu ada dekat FB aku tengok, dia amik mixture buat brownies ni lepastu dorang pelbagaikan. ada yang buat red velvet brownies, caramel brownies and macam-macam lagi. For those yang takda minat nak belajar masak/baking, or yang tak tahu tu, rajin-rajin la search kat FB. usoh le duk like share je tapi taknak buat. kang dapat mertua and family suami yang kuat makan or tak suka makan express (beli kedai) susah kau jah. kalau lelaki, time bini kau pregnant ke, demam ke, period pain ke teringin nak makan kek yang nak kau buat, habis dilempar kuali kalau tak tau nak buat. trust me, lepas sekali kau buat kau akan rasa nak buat lagi dan lagi. InshaAllah, good luck!

Cook-queen

Stuck lah nak tulis tajuk bebas ni. Tajuk pun dah stuck apa lagi nak buat isi dia.. Isi dia lima kali delete pula tu zz not an innovative thinkers. I only can think about foods. Haaaaa cakap pasal cooking lah jom since the last blog aku ada cakap cooking is my forte. Mulalah nak bragging pasal kelebihan yang satu ni. Jangan kecam haaaa
Aku start nak belajar masak lepas masuk hostel masa sekolah menengah, form 4 kot time tu. Kalau balik je aku nak masak sebab makanan kat DM (dewan makan) tak sedap sangat. Mula-mula macam malu nak masuk dapur sendiri dengan tujuan nak masak, so aku menyendeng la dekat mak tanya ada apa yang aku boleh tolong ke since mak pernah cakap "tak payah la kak, nanti kau buat sepah je", but instead dia suruh buat itu buat ini. Lepastu tetiba dia ceramah "masa mak umur macam kakak pun dah tahu masak lemak cili api", macam tahu je aku memang nak belajar masak. Aku pun start la minat memasak. Kalau mak aku balik kerja lambat, aku yang masakkan untuk family. Aku tanya itu, aku tanya ini. Sampai la aku memasak tanpa perlu tanya mak apa-apa lagi dah (kecuali dekat mana mak letak bahan-bahan nak masak).
Selalunya kalau kita masak kita yang tak lalu makan kan? Tengok orang makan masakan kita pun dah cukup dah. Tapi bagi aku tak. Aku memang suka habiskan apa yang aku masak, and aku ambil portion yang banyak untuk benda yang aku masak. Dia macam self reward ah kan bila masak lepastu makan :P And lagi satu habit aku time memasak ni, aku suka rasa makanan yang aku tengah masak tu. I mean yg still menggelegak tunggu nak masak, time panas-panas. Ala-ala tester la, tapi aku siap makan dengan nasi lagi even not fully-cooked.
Sememangnya aku ni penggemar masakan sendiri la. And satu satisfaction bila orang lain pun suka apa yang aku masak. Kadang-kadang adik aku suruh aku masakkan itu masak ini sebab dia rasa sekali, lepastu nak lagi kali kedua ketiga dan seterusnya. Lagi-lagi aku suka masak western food yang memang tekak dia sorang je boleh masuk dalam family. Selalu je berangan nak ada restaurant or bakery sendiri tapi tu la, masih dalam peracangan sebab aku belum la menguasai kemahiran nak memasak ni. InshaAllah in future kalau ada rezeki kan? Doakanlah aku supaya dapat capai impian aku ni (tak ada orang tahu  about this but now I'll let u know) Aamiin!

Lesu

Hi I'm back. So tema this week is "Lesu". Korang mesti pernah rasa lesu kan? tipu la kalau tak rasa. Kita manusia kot, bukan robot. Aku ada dua masa yang memang waktu lesu tahap ayam golek ah lesu dia. First, lepas tidur siang (tak kira la lepas subuh ke lepas zohor ke lepas asar) and bila ada kelas pagi (walaupun malam tu tidoq awai). Aku ni memang kaki tidur, so kalau takda benda nak buat lagi-lagi weekend, memang dari lepas subuh aku tidur, sampai nak zohor, lepas zohor tidur balik sampai la rasa nak bangun. Time tu memang lesu la, malam pun tidur jugak. Memang tak productive kalau hari aku tak ada apa-apa aktiviti or kerja nak buat.
Lepastu...waktu paling critical bagi semua student I think. KELAS PAGI. This sem kelas aku semua pagi dari Isnin-Khamis (Jumaat takda kelas, saja bagitau). So hari-hari aku akan tidur awal supaya esok bangun pagi macam bersinar-sinar, macam ada halo light dekat atas kepala BUT no. Still aku bangun pagi datang kelas lesu.....Tapi sebenarnya mula-mula je kot. 10-15 minit awal tu memang kalau sir Azzwan buat lawak pun macam krik krik. Lepas critical hour tu bantai la gelak sampai nak putus urat kentut.
So tips untuk hilangkan kelesuan di pagi hari tu (aku baru amalkan sem ni)
  1. Stretching lepas bangun tidur
  2. Mandi awal pagi (6am - 630am) lepastu masuk bilik dengan kipas berkadar kelajuan tinggi
  3. Minum ayaq milo ka horlicks ka, breakfast la biskut cicah ayaq pun boleh. Nak ambil heavy breakfast tak sempat kot.
  4. The last one..... SELFIE. sebab mulakan pagi anda dengan senyuman.
The last one is a must ok. Jangan la lesu-lesu kalau dapat kelas pepagi kan. Baca la selawat bebanyak sebelum nak pi kelas. Jangan banyak sangat tidoq nanti cepat gemuk zz ok chiauuuuuu!

Tuesday, 1 March 2016

Expectations

Ha, expect apa tu? Expect pasal uni life beb. Sementara idea tengah mencurah kan. Expectations sebelum masuk matrik reversed dengan expectations sebelum masuk U. Maknanya aku expect dekat matriks dulu susah gila, with no friends, and jauh pula tu dengan family. In fact, dekat matriks I found new family. Bonding dekat sana kuat gila weh rasa macam I'm not gonna leave them. Lain pula cerita dia dekat U. At first expect life dia macam dekat matriks. Kawan ramai, no tense, relax tak macam dekat matriks yang schedule dia pack. Rupa-rupanya...kawan dekat sini hanyalah Nina and Khairiah (my gang masa dekat sekolah) and Aqilah. Aqilah pun sebab dia kos ekonomi and coincidentally satu mentor. Tak ada kawan lain..yang ada cuma stok bertegur sapa and bergurau sahaja (but I appreciate them ok). And macam ribut tau dekat sini, dengan class, program kolej lagi, program fakulti lagi. Malas aku nak cerita pasal Citra and jadual yang asyik clash tu je kan. Fuhhh kalau first and second week dah lepas, lega lah sikit. Tak adalah kena daftar manual ke, turun naik pejabat dekan, pergi BPA lagi..ok ok dah macam lebih pula kan.

   Expectations lagi, tengok UKM ni macam usang gila lepastu besar bapak pulak tu macam tak dapat habis round je selama tiga tahun dekat sini tapi sebenarnya, ala beb jalan kaki pun boleh sampai PK, jalan kaki pun boleh sampai Za'ba. Dia sebab bila naik bas or kereta ni dia berpusing, that's why la nampak jauh. Pasal usang tu, memang betul pun. Tapi unik beb. Dah 46 years old tau UKM ni. Dalam dia modern la, bukan la still guna blackboard and meja kerusi kayu yang macam sekolah tu.

"Lihat kampusku yang tenang,
Damainya alam ciptaan tuhan"

Memang sesuai sangat suasana UKM dengan lagu dia. Aku harap aku dapat memberikan sesuatu kepada UKM yang dibanggakan rakyat. Aku tak pilih UKM, tapi UKM yang pilih aku. Sekian... *buat kerja words sir Azzwan*

As A Girl

Why I choose "As A Girl" as my topic? Sebab dah takda idea. Dah dua post aku delete sebab tak dapat nak teruskan cerita... So I'm working on this. Chill la piya, u got time until next tuesday kot (oh my friends tend to call me piya) but no. I'm not going to procrastinate this. Kau gila, Sir Azzwan kot.

Okay back to the topic. I'm one and only daughter in my family. Antara cousins pun aku selalu lepak dengan sepupu lelaki je. Sepupu perempuan tak ramai and duduk jauh kalau ada pun......kecik lagi. Boleh buat timang je. Memang mencabar la kan cerita dia kalau dah dikelilingi lelaki ni. Abang aku masa aku kecil dok buli aku macam aku ni patung mainan je. Dapat pula adik lelaki, memang tak main barbie la cerita dia. Dari kecil dah memang kasar belaka and a quick temper. But still, I AM A GIRL. Hati tisu beb, sensitif sangat. Kena usik sikit nangis, kena marah sikit merajuk, rebel. Tapi, takda langsung orang kisah. So aku buat la benda yang paling cliche perempuan buat, PENDAM. So sebagai perempuan yang agak lasak but not so lasak, I tend to do many challenging games. Like recently I go for hiking, cabar diri. I'm participating in futsal and hoki for SUKEM 2015 in UKM, and sekarang tengah gigihkan diri join UKM Rugby Touch (Bandits). I do like to dress like boys, I don't do make up and I like to berpanas and berjemur asalkan tak duduk diam dekat rumah. Aku tak sangat berkawan dengan perempuan, sebab...aku tak suka. Tapi kalau dah rapat tu maknanya, aku suka dia lah :P ada satu je yang mostly girls suka buat yang aku pun suka buat. It's cooking!! Dia macam healing time tau kalau cooking ke baking ni. I would like to say it's my forte.

Tapi tu lah, lumrah perempuan. Sejak umur meningkat ke angka 2 ni ada jugak terasa nak juga jadi lawa, flawless, pakai make up, dress up, pakai heels semua. Tapi entah bila lah aku boleh buat semua tu. Yang penting bukan sekarang. Challenging ok. Kau gila berapa lama nak bersiap dengan make up semua bagai. Nowadays, mak memang selalu nasihatkan aku to be perempuan yang sejati. Tak cakap kasar, pandai berhias, pandai berkawan, pandai mengemas and semua yang perempuan pandai lah. Insha Allah one day aku rasa macam nak make up ke apa, jangan terkejut pula. I am still a girl and I want to do what I have to do as a girl :)

AKU

Aku? Ya, aku. Tajuk yang Sir Azzwan berikan sebagai tema pertama untuk minggu pertama membuat post. Aku, Fariha binti Rahman. Tahun ni aku meningkat umur kepada angka 20. Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru ambil result SPM minggu lepas (ceyyyy cliche sangat). Aku tak sangka dapat masuk ke UKM ni. Time interview haritu langsung tak fikir dapat lepas nak masuk sini dengan result ekonomi aku masa matrik aku hanya dapat A- dan aku ke sini dengan kos ekonomi. Tapi berkat doa mak ayah aku, apa yang mereka cakap jadi kenyataan. "Mak nak kau masuk UKM, mak teringin sangat nak tengok kau masuk sana" POFFFFF and it's become real. Betullah, doa ibu bapa tu memang makbul.

    Kejayaan aku semasa di sekolah menengah, dengan perangai yang tidak dapat dibendung, pelbagai masalah aku lakukan, doa ibu bapa dan doa guru yang paling makbul. 8A 1C (jangan tanya C tu apa), kejayaan dalam PMR. 6A 4B 1E (jangan tanya E tu apa), kejayaan dalam SPM, di mana ketika peperiksaan percubaan kali pertama dan kedua aku hanya mendapat seketul dua ketul A sahaja. Tak ku sangka......doa mereka yang membawa ku ke alam matrikulasi. Alam di mana aku dimomokkan dengan ayat "matrikulasi susah" "jangan masuk kalau tak dapat bawa". Aku masuk dengan pelbagai tohmahan, aku keluar dengan kejayaan 3.7 di tangan aku. Dan kini aku di sini. Di UKM yang dibanggakan rakyat.

    Untuk ibu bapa, untuk guru-guru yang telah dan sedang mengajarku, dengan ini AKU berjanji, memberi sepenuh tenaga dan usaha untuk membanggakan kamu semua, di mana di masa hadapan aku akan berada di puncak kejayaan dan akan aku buktikan, AKU yang berhak untuk menebus budi kamu semua selama ini.